Salam sayang untuk semua followers blog, Apa khabar anda hari ini. Dimana jua anda berada, aku doakan agar dipermudahkan segala urusan.
Jom share sedikit cerita. Pejam celik tahun 2012 dah masuk bulan ke 3. July nanti cukuplah 5tahun aku dan isteri berkecimpung dalam dunia AT181. Bermula kami dengan pangkat SM dan naik SSM dlm tahun 2007. DSM pada tahun 2008. DDM & CDM pada tahun 2009. 2 tahun pertama dalam keadaan tak tahu, tak pandai. Baru belajar. Selepas naik CDM lagi banyak nak kena belajar. Maknanya sentiasa perlu belajar.
Seperti gambar2 Universiti yang aku letakkan di atas... tahun 1997-2000 aku study di Kolej Yayasan Melaka. sebelum tu aku masuk ke Kolej Yayasan Perak. tak sampai sebulan aku di KYP. Masa tu aku lom bersedia untuk sambung belajar. Ambil course Engineering. Masuk kelas belajar... hati ku rasa tak leh pergi jauh ni. Confirm2 aku gagal nanti di KYP. Keputusan yg aku buat diwaktu awal tak merugikan sebab belum sempat bayar duit penuh utk 1 semester. Dapat pulangan balik yuran yg dibayar pendahuluan. Aku tekad tarik diri. Cabut lari. hehehhehe
1997 aku ke KYM dgn hati yg rela. Kali ni betul2 nak belajar. sebab beberapa bulan aku kerja di Pentronic Eng SDN BHD. Hati banyak panas. Rasa tertindas. Gaji starting rm550 dengan sijil SPMV & SKM. Rupanya tak ada beza langsung ada SPMV atau tidak. Biasa la bos nya berkulit cerah. Datang lak seorang pekerja baru sama kulit... WOW... gajinya rm800. Pengalaman kerja kedai emas ja. Sijil pun SPM ja. Dan di situ aku tekad. Aku mesti sambung belajar. sampai bila nak kerja macam tu. 10tahun kerja belum tentu gaji leh RM2k kalau caranya camni.
3tahun setengah di KYM dengan pelbagai pengalaman suka duka. Aku balik dengan segulung Diploma Sains Komputer bersama Pointer lebih 3.0(tak igt dh 3.3@3.4 pointer) Habis lebih rm30k sepanjang belajar di sana. Ramai juga teman seperjuangan yg lulus. Tak kurang ramai jugak yg kandas sepanjang perjuangan. Rami juga yg kena repeat paper.
Masuk alam kerja, ada yg dapat kerja dengan kelulusan yg ada. Yg tak dapat kerja pun ada. Yg kerja bukan dlm bidang pun ada. Yg kerja tak guna kelulusan yg dapat pun ada. Maknanya gaji kuranglah.
Rezki aku, aku dapat jadi Teknisyen IBM Sdn Bhd, kerja dalam kilang Solectron di Penang. gaji hampir RM2k. 6 bulan ja aku bertapak di IBM. sebab kerja kontrak. Ambil pengalaman. Lepas tu kerja di ASMANA SDN BHD. Setup networking untuk makmal komputer sekolah di seluruh daerah Barat Daya. Gaji rm800. Dapat extra komisen utk makmal yg aku setup. Pun tak lama disitu sebab aku dapat kerja di Penang Development Corporation pada tahun 2002. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Jawatan tetap dan Berpencen. Syukur.
Sehinggalah tahun 2007 aku berjumpa peluang AT181. masa tu aku dah nak sambung buat Ijazah (PJJ). hmmmm.. Hasrat nak sambung belajar sebab ada staff di jabatan yg sama, kerani sambung belajar dapat full sponsor dari PDC dlm bidang IT. Aku pun tak nak lah lepas peluang. nak juga disponsor. Permohonan ku ditolak. Disuruh guna duit sendiri. Jumpa Dato Pengurus Besar pun tak jalan gak. Ketidak adilan telah berlaku. Sebab kulit aku kurang cerah ka. hahahhahah. yg disponsor tu kulit cerah. Belum habis dia belajar dlm meeting division aku., dah dicanang2 yg dia kan dapat jawatan Pegawai SIstem Maklumat nanti. Berasap telinga mendengarnya.
Ketentuan ALLAH memang hebat. Dalam kekusutan untuk aku nak sambung study tanpa sponsor dari PDC, datanglah peluang AT181. Aku dan isteri tak pandang remeh dgn peluang yg datang nie. Kami tekad mencuba nasib. Beri masa dlm 2tahun dgn AT181. Tengok sejauh mana leh sampai. Sebab kalau aku buat PJJ mahu 3tahun jugak nak habis. Jawatan Pegawai tu pun belum tentu lagi. Sebab dah ada yg menanti jawatan Pegawai tu walaupun lom habis dia study lagi.
Our Journey begin pada tahun 2007. Alhamdulillah. 4bulan pertama bersama AT181 membuah kan hasil. Aku dan Ayu terbang ke KOREA pada Jan 2008. Tak pernah termimpi langsung untuk capai Impian dlm masa yg terdekat. Seronok bermain salji di Korea. Jumpa org2 yg berjaya di sana. Ramai yg jadikan AT181 sebagai kerjaya sepenuh masa. Dan pada bulan Mei 2008, Kami tekad menempah kereta baru HONDA CIVIC bernombor PHV 181. Syukur.
Kesimpulannya...... Untuk dapatkan segulung DIPLOMA/IJAZAH/MASTER/PHD pun bukannya mudah. Perlu pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Bukan sikit juga kos pembelajaran di Malaysia nie. Jujur aku katakan disini, Walaupun pulang dgn Segulung Ijazah, adakah terdapat JAMINAN yang kita akn dapat kerja yg setanding dgn kelulusan kita???? Still kita kena usaha tanpa jemu. Dan kalau dapat... permulaannya kita akan seronok. lama2 kita akan merungut jugak. Gaji tak sepadan dengan kerja yg kita buat. tak berbaloi pengorbanan kita masa belajar dulu.
Macamana pulak dengan yg ada Diploma/Ijazah tapi masih belum dapat kerja yg sesuai. Macamana pulak yg kandas di Universiti. Adakah mereka menyalahkan Universiti yg mereka belajar dulu???? Pihak Universiti dah buat kerja mereka. Yg selebihnya pada kita. Tak pernah lihat lagi la penganggur2 yg mogok depan Universiti mereka dahulu atas sebab tak dapat kerja atau tak dapat gaji yg diharapkan dengan kelulusan masing2 kan.
Akademi Taipan 181 juga fungsinya seperti Universiti. Perlukan modal, masa. tenaga, komitmen dari pelajar AT181. Tiada istilah gagal dalam AT181, cuma kita perlu bersabar, terus buat tanpa henti. Bezanya di sini, ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Mengikut perkembangan semasa, sentiasa ada penambahbaikan. Belajar di AT181 tak ada jumlah semesternya. Dari mula kita belajar, akan sampai masanya kita jadi tenaga pengajar. Dan untuk Tenaga2 Pengajar masih ada ilmu lain yg akan diberikan. Wahhhh untungnya join AT181. Sambil belajar Sambil masuk pendapatan. Bukan sikit2... boleh lebih dari gaji Pengurus, CEO, Engineer, Profesor, Doktor. Ini hakikatnya dalam dunia perniagaan. 9/10 yg dicari pastilah hasilnya lebih.
Tak salah mencari yg lebih tak kira apa jawatan kita sekarang. Tak kira apa pendapatan kita sekarang. Ikut modul AT181, gerak kerja dan strategi. Semuanya tak mustahil, Tapi mustahil nak dapat semua tu andainya kita tak ikut, tak mahu belajar, mengalah, menyerah kalah dan berhenti buat.
Yg baik diambil sebagai pedoman, kalau ada yg tersilap. MAAFKAN ya.
2 comments:
Perkongsian yang menarik.
Itulah perjalanan sebuah kehidupan. Ada suka dan duka. Ada gembira, ada sedih.
Paling penting macamana kita bertindak balas dengan apa yang terjadi.
Kejayaan itu, boleh datang pelbagai bentuk.
Tak semestinya ada segulung ijazah dah dikira berjaya?
Belum lagi....
tq cdm, bersama AT181 pastinya lonjakan momentum yg lebih tinggi. Tapi masih tak boleh diam saja. Lebih usaha lebihlah kejayaan g dikecapi.
Post a Comment