Thursday, March 22, 2012

Pecah Panggung Safira Club 21Mac2012

CDM Kamarudin Mamat
CDM kesayangan kami semua
bukan sedara, bukan adik beradik, tapi bantuan dari beliau x putus2. tak jemu2.
Ikhlas untuk melihat kejayaan anak bangsa
tq CDM
Bersatu bergabung dari pelbagai latar belakang. saling memberi semangat antara satu sama lain


 CDM Paksu, buat bendang, petani
dah jadi CDM di usia 5series.
apatah lagi anak2 muda yg sedang naik. lebih hebat lagi kalau buat sungguh2
 DSM Azulia, DDM Zana, SM Zul
sentiasa rapat dlm AT181. tak pernah kenal sebelum ini. lebih rapat bila berniaga bersama2

 Tahniah SM Dayah, bermula ikut kemampuan, dh boleh SM dlm bulan yg kedua. Hampir SSM setakat ini. Diperkenalkan pada kami oleh SSM Ros.
Mereka juga bukan sedara mara kami. Tapi bantuan bersungguh2 diberikan
kerana ini memang tanggungjawab AT181
Berjaya & Menjayakan
 SSM Baen, dlm bulan pertama join terus dapat income rm7k++
terus keluarkan motor idaman kawasaki 6650cc yg dh lama diimpikan
Pun bukan sedara mara. Support tetap diberikan selagi mahu
Tahniah ya
 CDM Ayu mengacarakan majlis dgn hebat sekali.
Ilmu diberi tanpa mengira rakan kongsi direct ataupun tidak
Tahniah CDM Ayu
 DSM Pakcha
dari Kedah. org kampung jugak. Join tanpa tahu mcm mana nak bergerak.
Tapi dgn latihan dan bimbingan di kelas2 AT181. Tak mustahil untuk beliau yg dah berusia untuk dapat naik pangkat dan rezki serta pakej pelancongan percuma
Hanya follow saja


inilah senario dalam AT181. Tak kira siapa anda. Datang dari mana, apa latar belakang anda, semuanya dibantu selagi mahu dibantu. kelas di safira sentiasa beroperasi tanpa jemu.
Hadir atau tidak sahaja. Tiada istilah pilih kasih,
Berikan komitmen dari diri sendiri dan kita akan bergerak bersama2 menuju ke
PUNCAK KEJAYAAN

Wednesday, March 21, 2012

SAFIRA CLUB TONITE!!




Malam ni 21Mac di Safira Club akan dihadiri oleh insan2 hebat
CDM Kamarudin Mamat
Otai AT181. 12tahun bersama AT181
income 6angka sebulan
CDM Muhd Razali
CDM dlm masa 6bulan, ilmu tinggi, petah berkata2
CDM Pak Su, pesawah bendang
tak termimpi nak jadi CDM
melancong luar negara pun dah sakan

Jom malam ni dapatkan ilmu,semangat, tips dari insan2 hebat.

PENUH PENUH PENUH
AWAL AWAL AWAL

Friday, March 16, 2012

Bagus ke Datang Kelas + JTS ?

Berbaloi atau tidak bersama Akademi Taipan 181??
Macam gaji Pegawai kerajaan gred 52 kot.

Macam gaji JUSA
Pemiliknya baru sebulan ja join pun. Dapat duit + dapat tiket percuma ke GUANGZHOU lagi
Terus capai impian pertama yg dah lama diidam2kan. Motosikal berkuasa tinggi 650cc bernumber PKM 3181.
Bulan kedua pun dah ada income lagi... sedang pulun untuk income lebih tinggi dan jayakan rakan2 kongsi beliau.
Tahniah pada DDM Syukri & DSM Wawa yang membantu menjayakan SSM Baen.


Kalau dah 5angka macam gaji siapa???
Pemiliknya baru buat partime2 ja.
Dalam masa 6bulan dapat kuar kereta idaman
DSM TENGKU YUZAIMIE IDHAM


Dalam masa 2bulan dapat 1tiket percuma ke
HONGKONG DISNEYLAND

Dan terkini pada 12-18 April akan mengembara ke
Belgium & Holland bersama kami semua secara percuma.

Jadi apakah jawapannya pada tajuk di atas??

Datang kelas tanpa jemu, sentiasa bukakan pintu hati untuk menerima ilmu, sentiasa mahu belajar, bersedia dibimbing, sedia membuat perubahan

Nikmatilah hasil2 yang sangat lumayan dan berbaloi2.

Sesiapa saja yang inginkan kejayaan seperti mereka
SILA HUBUNGI
FITRI - 0194817181
AYU - 0194807181

Thursday, March 15, 2012

Journey To Success 4 ~ 10Mac2012

Alhamdulillah Projek JTS dah masuk kali ke 4. Sambutan hebat. Program lebih padat. Pengisian yang terbaik untuk semua Warga Akademi.
Destinasi yg dituju ~ GUANGZHOU!!
Semua dah tak sabar nak ke Guzangzhou. Kami akan terbang ramai2 ke sana.

Wah DSM Pak Tam enjoy sakan. Dengan games yg dikendalikan oleh CDM Ayu

Penerangan dari CDM AYu
Tahniah ya CDM AYu - makin kelihatan potensi dan bakat beliau.
Lebih dari jangkaan. Ramai yg menjadikan CDM Ayu sebagai idola.
Pilihan yang tepat.

 TEAMWORK
ditekankan pada JTS 4. Tak kira apa pangkat, apa latar belakang
baru, lama, bila semuanya bergabung pasti memberikan IMPAK yang luar biasa.


How To Convince Closing in 10minutes dari leader2 hebat UTARA
 DDM Lan
 CDM Rizal

 DDM Din

 DDM Syukri

 Slot terakhir untuk lebih ilmu tentang networking
dan lebih terperinci untuk fight tiket free ke Guangzhou.
BAKAR BAKAR BAKAR

Tahniah untuk semua yang hadir. Peserta dari Akademi di Zon Tengah pun sampai ke JTS 4 nie
Jutaan terima kasih pada semua yg menjayakan JTS 4.




Tuesday, March 06, 2012

Himpunan Masakan Jawa - Pn Suwarsi M,Arukin


Puan Suwarsi M.Arukin
Di antara Idola aku dalam dunia perniagaan
A very successful woman.

Teringat lagi masa aku letakkan jawatan 24jam di kerajaan, Beliau antara orang yg memberikan semangat. Beri galakan dan motivasi untuk terus mara ke depan.

Buku Masakan terkini dari Puan Sue, oleh sebab darah sebelah ayahku memang JAWA
So memang nak promote Terbitan terbaru dari Pn Sue
Sila dapatkan segera. Harga berpatutan. Untuk Warriorz ada special promotion katanya.

Oppss.. Pn Sue juga pengguna PB & Lacolite ya.
Untuk lebih sihat, makan sedap2.
Dapatkan resepi terbaik & jgn lupa PB full set utk perempuan, Bengkung untuk lelaki + Lactolite untuk semua

Saturday, March 03, 2012

PLATFORM KEJAYAAN





Salam sayang untuk semua followers blog, Apa khabar anda hari ini. Dimana jua anda berada, aku doakan agar dipermudahkan segala urusan.

Jom share sedikit cerita. Pejam celik tahun 2012 dah masuk bulan ke 3. July nanti cukuplah 5tahun aku dan isteri berkecimpung dalam dunia AT181. Bermula kami dengan pangkat SM dan naik SSM dlm tahun 2007. DSM pada tahun 2008. DDM & CDM pada tahun 2009. 2 tahun pertama dalam keadaan tak tahu, tak pandai. Baru belajar. Selepas naik CDM lagi banyak nak kena belajar. Maknanya sentiasa perlu belajar.

Seperti gambar2 Universiti yang aku letakkan di atas... tahun 1997-2000 aku study di Kolej Yayasan Melaka. sebelum tu aku masuk ke Kolej Yayasan Perak. tak sampai sebulan aku di KYP. Masa tu aku lom bersedia untuk sambung belajar. Ambil course Engineering. Masuk kelas belajar... hati ku rasa tak leh pergi jauh ni. Confirm2 aku gagal nanti di KYP. Keputusan yg aku buat diwaktu awal tak merugikan sebab belum sempat bayar duit penuh utk 1 semester. Dapat pulangan balik yuran yg dibayar pendahuluan. Aku tekad tarik diri. Cabut lari. hehehhehe

1997 aku ke KYM dgn hati yg rela. Kali ni betul2 nak belajar. sebab beberapa bulan aku kerja di Pentronic Eng SDN BHD. Hati banyak panas. Rasa tertindas. Gaji starting rm550 dengan sijil SPMV & SKM. Rupanya tak ada beza langsung ada SPMV atau tidak. Biasa la bos nya berkulit cerah. Datang lak seorang pekerja baru sama kulit... WOW... gajinya rm800. Pengalaman kerja kedai emas ja. Sijil pun SPM ja. Dan di situ aku tekad. Aku mesti sambung belajar. sampai bila nak kerja macam tu. 10tahun kerja belum tentu gaji leh RM2k kalau caranya camni.

3tahun setengah di KYM dengan pelbagai pengalaman suka duka. Aku balik dengan segulung Diploma Sains Komputer bersama Pointer lebih 3.0(tak igt dh 3.3@3.4 pointer) Habis lebih rm30k sepanjang belajar di sana. Ramai juga teman seperjuangan yg lulus. Tak kurang ramai jugak yg kandas sepanjang perjuangan. Rami juga yg kena repeat paper.

Masuk alam kerja, ada yg dapat kerja dengan kelulusan yg ada. Yg tak dapat kerja pun ada. Yg kerja bukan dlm bidang pun ada. Yg kerja tak guna kelulusan yg dapat pun ada. Maknanya gaji kuranglah.
Rezki aku, aku dapat jadi Teknisyen IBM Sdn Bhd, kerja dalam kilang Solectron di Penang. gaji hampir RM2k. 6 bulan ja aku bertapak di IBM. sebab kerja kontrak. Ambil pengalaman. Lepas tu kerja di ASMANA SDN BHD. Setup networking untuk makmal komputer sekolah di seluruh daerah Barat Daya. Gaji rm800. Dapat extra komisen utk makmal yg aku setup. Pun tak lama disitu sebab aku dapat kerja di Penang Development Corporation pada tahun 2002. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Jawatan tetap dan Berpencen. Syukur.

Sehinggalah tahun 2007 aku berjumpa peluang AT181. masa tu aku dah nak sambung buat Ijazah (PJJ). hmmmm..  Hasrat nak sambung belajar sebab ada staff di jabatan yg sama, kerani sambung belajar dapat full sponsor dari PDC dlm bidang IT. Aku pun tak nak lah lepas peluang. nak juga disponsor. Permohonan ku ditolak. Disuruh guna duit sendiri. Jumpa Dato Pengurus Besar pun tak jalan gak. Ketidak adilan telah berlaku. Sebab kulit aku kurang cerah ka. hahahhahah. yg disponsor tu kulit cerah. Belum habis dia belajar dlm meeting division aku., dah dicanang2 yg dia kan dapat jawatan Pegawai SIstem Maklumat nanti. Berasap telinga mendengarnya.

Ketentuan ALLAH memang hebat. Dalam kekusutan untuk aku nak sambung study tanpa sponsor dari PDC, datanglah peluang AT181. Aku dan isteri tak pandang remeh dgn peluang yg datang nie. Kami tekad mencuba nasib. Beri masa dlm 2tahun dgn AT181. Tengok sejauh mana leh sampai. Sebab kalau aku buat PJJ mahu 3tahun jugak nak habis. Jawatan Pegawai tu pun belum tentu lagi. Sebab dah ada yg menanti jawatan Pegawai tu walaupun lom habis dia study lagi.

Our Journey begin pada tahun 2007. Alhamdulillah. 4bulan pertama bersama AT181 membuah kan hasil. Aku dan Ayu terbang ke KOREA pada Jan 2008. Tak pernah termimpi langsung untuk capai Impian dlm masa yg terdekat. Seronok bermain salji di Korea. Jumpa org2 yg berjaya di sana. Ramai yg jadikan AT181 sebagai kerjaya sepenuh masa. Dan pada bulan Mei 2008, Kami tekad menempah kereta baru HONDA CIVIC bernombor PHV 181. Syukur.

Kesimpulannya......  Untuk dapatkan segulung DIPLOMA/IJAZAH/MASTER/PHD pun bukannya mudah. Perlu pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit. Bukan sikit juga kos pembelajaran di Malaysia nie. Jujur aku katakan disini, Walaupun pulang dgn Segulung Ijazah, adakah terdapat JAMINAN yang kita akn dapat kerja yg setanding dgn kelulusan kita????  Still kita kena usaha tanpa jemu. Dan kalau dapat... permulaannya kita akan seronok. lama2 kita akan merungut jugak. Gaji tak sepadan dengan kerja yg kita buat. tak berbaloi pengorbanan kita masa belajar dulu.

Macamana pulak dengan yg ada Diploma/Ijazah tapi masih belum dapat kerja yg sesuai. Macamana pulak yg kandas di Universiti. Adakah mereka menyalahkan Universiti yg mereka belajar dulu???? Pihak Universiti dah buat kerja mereka. Yg selebihnya pada kita. Tak pernah lihat lagi la penganggur2 yg mogok depan Universiti mereka dahulu atas sebab tak dapat kerja atau tak dapat gaji yg diharapkan dengan kelulusan masing2 kan.

Akademi Taipan 181 juga fungsinya seperti Universiti. Perlukan modal, masa. tenaga, komitmen dari pelajar AT181. Tiada istilah gagal dalam AT181, cuma kita perlu bersabar, terus buat tanpa henti. Bezanya di sini, ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Mengikut perkembangan semasa, sentiasa ada penambahbaikan. Belajar di AT181 tak ada jumlah semesternya. Dari mula kita belajar, akan sampai masanya kita jadi tenaga pengajar. Dan untuk Tenaga2 Pengajar masih ada ilmu lain yg akan diberikan. Wahhhh untungnya join AT181. Sambil belajar Sambil masuk pendapatan. Bukan sikit2... boleh lebih dari gaji Pengurus, CEO, Engineer, Profesor, Doktor. Ini hakikatnya dalam dunia perniagaan. 9/10 yg dicari pastilah hasilnya lebih.

Tak salah mencari yg lebih tak kira apa jawatan kita sekarang. Tak kira apa pendapatan kita sekarang. Ikut modul AT181, gerak kerja dan strategi. Semuanya tak mustahil, Tapi mustahil nak dapat semua tu andainya kita tak ikut, tak mahu belajar, mengalah, menyerah kalah dan berhenti buat.

Yg baik diambil sebagai pedoman, kalau ada yg tersilap. MAAFKAN ya.





Friday, March 02, 2012

RENUNGAN UNTUK BERJAYA


Sememangnya hidup ini adalah PILIHAN
Untuk dapat hasil yg terbaik perlulah beri komiten yang paling baik.
Sifat mengalah, mengeluh, menyalahkan orang lain tak boleh ada.

Contohnya, kita berada dalam Agama Islam. kita tahu Jaminan untuk masuk SYURGA itu adalah sangat JELAS.
Adakah dengan tiket kita berada dalam agama ISLAM kita boleh senang hati, senang lenang untuk terus masuk SYURGA tanpa perlu ada apa2 usaha??? tanpa perlu buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH SWT dengan mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW???
Nama ja agama ISLAM tak yah susah payah untuk merebut Syurga ALLAH SWT??
Rasulullah SAW pun setiap malam solat sunat taubat sampai bengkak2 kaki walaupun telah dijamin CONFIRM 100% akan masuk syurga. Hingga diberikan gelaran MAKSUM(tiada dosa)

Sudah pastinya kita sebagai hamba ALLAH yg tidak setaraf dgn NABI2 mahupun SAHABAT2 r.a perlu lebih berusaha gigih untuk mengecapi kejayaan yg kekal abadi di sana nanti.

Samalah juga bila kita bersama AKADEMI TAIPAN 181. Takkan lah hanya kita join AT181, ambil pakej... terus kita boleh berjaya seperti mana orang2 lain yg telah sangat2 berjaya??
Atas tiket kita join AT181, confirm dah kita terus boleh pegang income 5angka, pandu kereta mewah, melancong sana sini tanpa ada usaha yg berterusan????
Memahami lumrah alam, setiap kejadian mesti bersebab.
AT181 sememangnya Platform untuk kita melangkah lebih jauh dalam dunia bisnes ataupun dunia kejayaan.
USAHA???  mestilah kena ada. mesti usaha berterusan. Ilmu perlu diambil, belajar, memahami, ikut strategi, Apatah lagi yang sudah lama pun sentiasa merujuk pada Mentor untuk ilmu,tips nasihat. Kita yang baru join pun mestilah ikut proses yang sama. Belajar dan terus belajar
Takkanlah baru set appointment tak sampai 10org dah jatuh hukum bisnes ni takleh berjaya. Datang kelas tak sampai 10kali dah nak menunding jari menyalahkan peluang yg diterima.

Belajar di sekolah pun selama 12tahun, tambah tution lagi, masuk kolej lagi, universiti lagi, repeat paper lagi. Pun begitu ramai yg dapat pekerjaan dengan gaji ?????
Bersama AT181 tak mustahil untuk berubah lebih baik, terima income lebih lumayan, berpeluang memiliki kereta, motor idaman, melancong luar negara.

Yang pastinya perlu USAHA tanpa jemu, tanpa henti.
Kelas selalu hadir, sebab kita belajar dan terus boleh praktikkan.
Baru tahu macam mana nak kongsi peluang dgn kawan. Macamana nak kembangkan network, macamana nak habiskan produk yg kita ambil.

Kita kata bisnes tak leh buat. Kenapa begitu ramai yg sedang berjaya. Begitu ramau yang terima income lumayan. Begitu ramai yang terbang melancong saban tahun ke luar negara. Begitu ramai yang bebas dari masalah hutang, Begitu ramai yg menjadikan bisnes ini sebagai kerjaya sepenuh masa.

Di mana silapnya???
KITA???? @ peluang yang kita ambil????

Sepanjang kerjaya aku dalam AT181, yang pastinya
1. kelas tak pernah tinggal, (ulang alik penang-kl saban minggu sebelum ada kelas di utara)
2. program AT181 tak pernah tak hadir,
3. Event yang Company buat mesti turut serta.
4. Sentiasa rujuk mentor dan leader untuk kembangkan bisnes
5. Jumpa 5@6 orang yang belum mahu join, terus jumpa orang yang lain
6. Memikirkan ini bisnes aku.. aku perlu buat sehingga jadi, sehingga berjaya
7. Tiru cara org2 yang berjaya bekerja
8. Positif
9. USAHA USAHA USAHA
10. Upgrade strategi
11. Tambah kemahiran
12. Sentiasa berdoa pada ALLAH supaya mempermudahkan segala urusan, berikan ilmu dalam bidang yg diceburi, memohon keberkatan
13. dan banyak lagi

SUSAH???
bersusah2 dahulu untuk lebih senang di kemudian hari
Rezki tak datang bergolek, kita perlu bergolek ke arah rezki
Orang berjaya takkan berhenti, Orang yg berhenti mana mungkin berjaya
Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Alang2 buat AT181, biar sampai JADI CDM

SAFIRA CLUB 29FEB12 ~ MOOD GUANGZHOU

Bertambah ramai, yang lama yang baru semua hadir
Jauh dekat semua datang.
kecil dewasa pun ada

tak  pernah timbul rasa jemu untuk aku terus membakar semangat juang untuk warga AT181
GUANGZHOU
matlamat yg sangat jelas bagi fasa pertama di tahun 2012
2 tiket seorang mesti dapat.
Mamu Tarmizi. Kapten di Airforce
tak pernah menghampakan dgn tugasnya sebagai pengacara majlis
2013 akan meletakkan jawatan dan sepenuh masa bersama AT181

GO GO GO GUANGZHOU berlaung kuat dan bersemangat di Safira CLUB
HERO2 AT181
seirama, senada, sehati, sejiwa
pelbagai latar belakang
Kontrakor, kerja pejabat, polis pencen, kilang, pemandu, penguatkuasa, kerja restoran
bersama AT181 pendapatan lebih rm5k hingga belasan ribu malah puluhan ribu sebulan

 Tiada alasan untuk berjaya
Diketepikan segala2nya untuk memberikan komitmen yang terbaik bagi warga AT181
tiada istilah pentingkan diri sendiri, kaya sorang2, tak pedulikan rakan niaga
SETIAP RABU tak pernah tiada kelas di SAFIRA CLUB
Anda hadir atau tidak jua yg menjadi ukuran bagi kejayaan yg dicari

SM SYAM HAIZAL SHAMSUDDIN
datang dari Kuala Lumpur ke Safira Club atas semangat dan keinginan yg meluap2 untuk sama2 berjaya bersama prospek beliau
SAM merupakan kawan kampung aku di Penang. kami membesar bersama2. Masing memilih kerjaya sendiri. Beliau sekarang bekerja di ASTRO setelah mencari pengalaman selama 3 tahun di UK.
mengikuti perkembangan kawan2 sekampung yg join AT181 dan telah membuahkan hasil.
Teruja dengan kejayaan DDM Tengku Yuzaimie Idham yg merupakan sepupu beliau
Tak fikir panjang, terus join pakej dan hampir SSM di bulan pertama beliau join
GUANGZHOU pasti jadi miliknya dan SAM berusaha bersungguh untuk destinasi perlancongan pertama ke luar negara bersama AT181.
SUPRISE DI SAFIRA CLUB 29FEB diuruskan oleh SAM
saksikan SUPRISE tersebut di wall FB saya dan akan dipostkan dalam posting yg seterusnya

TAHNIAH pada semua yg hadir dan menjayakan kelas di SAFIRA CLUB