Tuesday, February 28, 2012

SJ + SJ

SUBANG JAYA + SEBERANG JAYA
=
JAYA = BERJAYA= KEJAYAAN

Malam ini Selasa (28/2) kelas AT181 di USJ 9
Rabu (29/2) kelas AT181 di Seberang Jaya

Jom hadirkan diri. Feb dah berlalu. Tahniah atas pencapaian masing2. Ada yang dah complete tiket pertama ke Guangzhou. Jom completekan tiket ke dua dan tunaikan impian team utk sama2 dapat tiket free ke Guangzhou.

Mac 2012 adalah bulan kedua untuk terus capai
IMPIAN, INCOME BESAR.
Bergerak dengan lebih laju untuk cipta rekod peribadi yang terbaru. Buktikan pada diri sendiri yang kita boleh melonjak lebih tinggi

GUANGZHOU 2 tiket SEORANG
Bawa TEAM Ke GUANGZHOU 5org paling sikit untuk setiap LEADER.

LETS WORK FOR IT



Thursday, February 23, 2012

GELOMBANG GUANGZHOU DI SAFIRA CLUB 22.2.12

SAYA DATANG PALING AWAL

DSM Suriati - Bintang Baru yang makin menyerlah

Alhamdulillah, penuh sesak.. meriah. Panas Panas Panas
semua nak ke GUANGZHOU!!!!!

Dah lama tak ice breaking..
kasi bakar, kasi panas, kasi hangit, kasi rentung
kasi gegar Guangzhou


hero2 AT181

Gelombang Tsunami melanda Safira Club...
ramai ramai ramai yg hadir

Tahniah pada semua leader2 yg hadir
tahniah pada orang2 bar yg hadir untuk ambil peluang

Thursday, February 16, 2012

SYUKUR DAN KUFUR NI’MAT: KISAH SI KUSTA, SI BOTAK, DAN SI BUTA.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

DARI Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya ada tiga orang dari Bani Israil, iaitu: seorang penderita sakit kusta, seorang berkepala botak, dan seorang buta. Allah ingin menguji mereka bertiga, maka diutuslah kepada mereka seorang Malaikat. Pertamanya datanglah Malaikat itu kepada si penderita sakit kusta dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?’ Ia menjawab, “Rupa yang elok, kulit yang indah, dan apa yang telah menjijikkan orang-orang ini hilang dari tubuhku.” Maka diusap-usapnya kulit penderita sakit kusta itu dan hilanglah penyakit yang dideritanya, serta diberilah ia rupa yang elok dan kulit yang indah.
Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Lalu kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Unta atau sapi.” Maka diberilah ia seekor unta yang bunting dan didoakan, “Semoga Allah melimpahkan berkah~Nya kepadamu dengan unta ini.”
Kemudian Malaikat itu mendatangi orang berkepala botak dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?” Ia menjawab, “Rambut yang indah yang hilang dari kepalaku apa yang telah menjijikkan orang-orang.” Saat Malaikat itu mengusap kepala orang yang botak itu, maka hilanglah penyakitnya serta tumbuhlah rambut yang indah. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Sapi atau unta.” Maka diberilah ia seekor sapi bunting dan didoakan, “Semoga Allah melimpahkan berkah~Nya kepadamu dengan sapi ini.”
Selanjutnya Malaikat tadi mendatangi si buta dan bertanya kepadanya, “Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?” Ia menjawab, “Semoga Allah berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat.’ Maka diusap-usapnya wajah orang buta itu, dan ketika itu dikembalikan oleh Allah penglihatannya. Malaikat pun bertanya lagi kepadanya, “Lalu, kekayaan apa yang paling kamu senangi?” Jawabnya, “Kambing.” Maka diberilah seekor kambing bunting kepadanya.
Waktu berselang, maka berkembang biaklah unta, sapi dan kambing tersebut, sehingga orang pertama mempunyai selembah unta, orang kedua mempunyai selembah sapi, dan orang ketiga mempunyai selembah kambing.
Dengan perintah Allah datanglah Malaikat itu lagi kepada orang yang sebelumnya menderita sakit kusta dengan menyerupai dirinya dan berkata, “Aku ini seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku, sehingga aku tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi Allah yang telah memberi kamu rupa yang elok, kulit yang indah, dan kekayaan ini, aku meminta kepada kamu seekor unta saja untuk bekal melanjutkan perjalananku.” Tetapi dijawab, “Hak-hak (tanggunganku) banyak.”
Malaikat yang menyerupai orang penderita sakit kusta itu pun berkata kepadanya, “Sepertinya aku mengenal kamu. Bukankah kamu ini yang dulu menderita sakit kusta, orang-orang jijik kepada kamu, lagi pula orang melarat, lalu Allah memberi kamu kekayaan?’ Dia malah menjawab, “Sungguh, harta kekayaan ini hanyalah aku warisi turun-temurun dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat.” Maka Malaikat itu berkata kepadanya, “Jika kamu berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan kamu dahulu.” Setelah malaikat meninggalkannya, maka dengan serta merta Allah mengembalikan penyakitnya dulu semula dan segala kekayaannya lenyap.
Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula orang yang sebelumnya botak dengan menyerupai dirinya berkepala botak, dan berkata kepadanya seperti yang dia katakan kepada orang yang pernah menderita sakit kusta. Namun ia ditolaknya sebagaimana telah ditolak oleh orang pertama itu. Maka berkatalah Malaikat yang menyerupai dirinya itu kepadanya, “Jika kamu berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan kamu kepada keadaan seperti dahulu.” Bila Malaikat itu beredar, demikianlah juga Allah mengembalikan keadaan orang itu seperti dulu berkepala botak dan miskin.
Akhirnya, Malaikat tadi mendatangi pula orang yang sebelumnya buta dengan menyerupai dirinya pula, dan berkatalah kepadanya, “Aku adalah seorang miskin, kehabisan bekal dalam perjalanan dan telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga aku tidak akan dapat lagi meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, kemudian dengan pertolongan kamu. Demi Allah yang telah mengembalikan penglihatan kamu, aku meminta seekor kambing saja untuk bekal melanjutkan perjalananku.”
Orang itu menjawab, “Sungguh, dahulu aku buta, lalu Allah mengembalikan penglihatanku. Maka, ambillah apa yang kamu suka dan tinggalkan apa yang kamu tidak suka. Demi Allah, sekarang ini aku tidak akan mempersulit kamu dengan memintamu mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil kerana Allah.” Malaikat yang menyerupai orang buta itupun berkata, “Peganglah kekayaan kamu, kerana sesungguhnya kalian ini hanyalah diuji oleh Allah. Allah telah redha kepada kamu, dan murka kepada kedua teman kamu.”
Hikmah: Tiga orang dalam hadith di atas mewakili dua contoh yang berbeza, seorang sebagai contoh orang yang bersyukur terhadap nikmat-nikmat Allah dan dua orang yang kufur akan nikmat~Nya. Dengan syukur, nikmat akan terjaga dan jika kufur maka nikmat akan lenyap dan terangkat.

Sumber: Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Ahadisil Anbiya’, bab hadis tentang orang berpenyakit kusta, orang buta dan orang botak Bani Israil (6/500 no. 3464). Dan Bukhari menyebutkannya secara ringkas sebagai penguat dalam Kitabul Iman wan Nudzur, (11/540), no. 6653. Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dalam Kitabuz Zuhd war Raqaiq, (4/2275), no. 2964. Hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim An-Nawawi, 18/398.

Wednesday, February 15, 2012

Mengimbas kenangan 2007 - Putrajaya

Putrajaya Presint 16
Pertama kali berjumpa dengan CDM Kartini. Berkenalan dengan insan hebat yg diwar2kan pada kami semasa kami di penang bila pertama kali mendengar peluang hebat ini.
Pesanan beliau pada masa itu
BUAT JANGAN BERHENTI!!!!
Alhamdulillah pesanan tersebut terus melekat dalam hati kami berdua.
tahun 2009 aku juga menjadi CDM 
tahun 2011 isteriku Ayu menjadi CDM.
dan tahun ini tahun buat rakan2 kongsi kesayanganku untuk menjadi CDM!!!!!!

Buat rakan2 niaga ku yang tersayang... tahun ini tahun anda semua. Rebut dan kejarlah  kejayaan yg sedang menanti. Tiada yang mustahil. ikut perancangan dan strategi.
Fight Guangzhou betul2. 2tiket seorang. Perubahan besar akan berlaku.

Hadir ke Seminar pada 3Mac di Putrajaya. Anda akan mendapat aura yg lebih hebat.
Hadir Diamond Nite pada 21Apr... anda semakin hampir ke destinasi yg dituju,
30Jun2012
Nama anda akan diumumkan sebagai
CROWN DIAMOND MANAGER
di Konvensyen CDM AT181.



Tuesday, February 14, 2012

JTS~3 (Journey To Success) 11Feb2012

Antara yang hadir ke JTS 3 11Feb2012
semua dah tak sabar nak ke Guangzhou

Ramai yg teruja dapat jmpa Otai AT181, CDM Kartini dah lebih 10tahun berbisnes. 4angka dah ke 5angka dan ke 6angka pendapatan. bukan partime2 lagi dah. Fulltime bro.
1jam lebih bercakap dgn semangat dlm keadaan mengandung 7bln. haaaaa tudia.. no alasan. sebab tu sangat berjaya.
CDM Ayu dgn strategi online dan skill serta games yg sangat membuka minda. Practise make Perfect
tahniah CDM Ayu.
sambung jangan tak sambung itu number haaa
gulung jangan tak gulung, dulu gulung bola takraw, sekarang gulung lain la.
bakar bakar bakar untuk ke Guangzhou
Mamu Tarmizi, Kapten tentera. Emcee yang memang best. Penang mali. Original. xdak campur2.  Memang berbakat dan terangkat yg mendengarnya. Tahniah ya
Tahniah CDM Rizal dapat hadiah Terbaik untuk lucky draq. Beg tangan bonia harga 4angka tu dari CDM Kartini
number bertuah CDM Rizal 33. Number aku 36. huaaaaaaa
CDM Kamarudin yang tak jemu2 datang membantu kami di utara. Tq CDM Otai.
Lapar sangat2. baru nak makan lepas program JTS di Kepala Batas.
Tq CDM belanja kami makan. Moga dimurahkan rezki melimpah2 ruah.

Kesan JTS????
Alhamdulillah, masing2 sibuk ke bank, stokis, berdemo, interview, fitting PB, appointment.
Memang Momentum yang luar biasa tambahan pula Trip ke Guangzhou baru bermula. Vietnam 20/3, Belgium Holland 12/4, Guangzhou fight dulu..... Tarikhnya kemudian.. mungkin musim sejuk????


Thursday, February 09, 2012

4hari 3malam di Guangzhou

Terkini. PANAS PANAS PANAS
Kempen dah bermula.
2 tiket seorang boleh dapat
VVIP Trip
Sila hubungi
Fitri 0194817181 @ Ayu 0194807181

Tuesday, February 07, 2012

Jom ke Guangzhou




Wah, seronoknya, Bulan 3 ke Vietnam, Bulan 4 ke Belgium Holland dan yang terkini adalah ke Guangzhou China.
Semuanya percuma.
Jom siapa nak melancong percuma bersama kami.
sila hubungi 
Fitri 0194817181
Ayu 0194807181