Friday, December 09, 2011

Kelas Pengukuhan DDM FARAH & DIN

Sebelum aku cerita macam mana kelas pengukuhan DDM Farah dan DDM Din, aku nak cerita sikit apa rutin yg dilakukan setiap bulan. Selalunya sampai penghujung bulan closing, Aku akan hantar sms tahniah atas pencapaian leader2 semua dan minta mereka luangkan masa untuk tengok perkembangan group masing2. Serta perancangan untuk bulan yang baru.
Macam mana nak tambah sales, macam mana nak bergerak dengan lebih laju. Apa yang perlu dibuat untuk lonjakkan sales group masing2. Aku dan CDM Ayu bersedia untuk merangka strategi bagi mereka. Jadi kelas pengukuhan DDM Farah & DIn bukannya perancangan khas untuk mereka sahaja, tapi termasuk juga leader dlm group aku yang lain.
 Lepas ini akan ada kelas pengukuhan untuk leader2 yang lain mengikut masa dan hari yg mereka tetapkan. Aku dan CDM Ayu dijemput sahaja untuk kelas mereka. Sekadar beri kata2 Aluan dan semangat serta berkenalan dengan partner2 baru. Selebihnya leader2 yang buat.

DDM Farah pengacara majlis, walau dlm keadaan berbadan dua, tetap memberikan komitmen yang hebat. Tahniah CDM 2012
 Kata2 Aluan sahaja
t.kasih kerna sudi jemput kami
 wah hebat.. boleh kasi gegar Vietnam
Boleh berkembang
 tahniah pada semua yg hadir
Tahniah DDM Din
Begitu bersemangat dan membuat perancangan yang teliti mengikut acuan AT181
Apa yang dibentangkan dlm program JTS dikupaskan lagi lebih detail
Sempat juga DIn ceritakan pada permulaan sebelum join AT181
Dia pernah bertanya pada aku, dia datang merantau, mcm mana kalau tak dapat kembang network sebab tak ramai kawan di Penang.. Boleh ka aku bagi orang padanya??
Jawapan aku masa tu adalah " TAK BOLEH" walaupun apa alasan yg dia bagi
Tapi janji dari AT181... biar sedikit kawan.. buatlah temujanji.. kami akan convince sebaik mungkin, demo sebaik mungkin, f.up sebaik mungkin bersama2...
Alhamdulillah din setuju dan join... tidak pernah berlaku istilah cucuk mencucuk kerna itu akan membunuh bisnes dan juga potensi diri.

So pada leader2 yang lain.. kami bersedia untuk anda semua... Call sms jumpa bincang.. pastinya yang terbaik juga untuk semua.
SALAM SAYANG dari kami

1 comment:

KAMARUDDIN BIN MAMAT said...

permulaan yg bagus. teruskan usaha sehingga berjaya menuju puncak. x ada jalan mudah utk ke sana.