Thursday, March 31, 2011

SAFIRA CLUB 15 - 30/3/2011

Safira Club terus hebat seperti biasa... samada dengan kehadiran kami ataupun tidak.... aura nya terus bernyala-nyala.... Emcee hebat malam ini... DSM Syukri...  bakatnya makin bersinar... tak sempat aku nak snap gambarnya...

 CDM Che Mat buat apa tu....   mcm P.Ramlee pun ada iras....


 Inilah yang dicari.... ABUYA RIZAL
 Air ZAM ZAM,kurma,kismis,gajus dari bumi Madinah & Mekah.




Terima Kasih pada CDM Kamarudin Mamat yang saban minggu datang membantu kami di Penang... Komitmen beliau cukup luar biasa hebat,... t.kasih upline ku... t.kasih CDM.... tq tq tq...
& t,kasih juga pada semua cdm yang hadir... Moga Allah membalas jasa2 kalian..

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

Salam rindu buat semua pembaca... lebih 12 hari blog ini sunyi sepi... selepas ini akan kembali ceria....
Syukur pada Allah SWT yang telah memudahkan segala urusan kami di Mekah & Madinah...  Pengalaman kali kedua mengerjakan umrah berbeza dari yang pertama,,, insyaallah akan diceritakan nanti..

Pemergian kami dihantar oleh cdm2 At181.. kembalinya kami juga disambut oleh cdm2 hebat..
Siri Kembara Umrah akan dibuat dalam blog ini nanti.. saksikan sekeping gambar khas... dari
ABUYA RIZAL.. di Masjid Nabawi

Friday, March 18, 2011

LABBAIK KALLAH HUMMA LABBAIK.... 19-29Mac 2011

Hari yang dinantikan sudah pun tiba.
19hb-29hb Mac
BLOG ini akan berehat seketika atas urusan mengerjakan UMRAH

Aku memohon maaf pada semua rakan niaga, sesiapa saja yang mengenali diri ini, sedara mara & sesiapa saja yang aku ada salah & silap, Secara sengaja @ tak sengaja.
Jabbar Rahmah - 2009.
Alhamdulillah.... Jemputan kali pertama bersama isteri tercinta DDM Ayu dan kali ini Insyaallah buat kali keduanya.

Sudah pastinya aku akan merindui 3 cahaya mata & isteri tercinta. Pemergian ku ke tanah suci Mekah untuk menunaikan tanggungjawab pada yang maha Esa.

Akan ku doakan kejayaan, kebahagiaan dunia & akhirat untuk semua.
Selamat berjuang wahai warga AT181... selamat berjuang wahai rakan niaga ku... selamat mengejar destinasi ke Hong Kong Disneyland.. Selamat mengejar Pangkat seterusnya... Selamat berjuang dalam apa jua yang dikejar & diimpikan. Usahlah mengalah.. masih ada masa.. masih ada kesempatan, masih berpeluang..

Salam Rindu dari ku untuk semua....  

Monday, March 14, 2011

SEMANGAT


Semangat perlu sentiasa Maksimum. Perlu melonjak-lonjak... perlu panas membara..
Semangat kita akan berjangkit pada rakan niaga kita. Semangat boleh berjangkit.. boleh menyerap.
Boleh rasa kalau orang yang bersemangat berada di sekitar kita..
Kerana itu berhubung kait dengan aura... Aura perlu menyinar... Aura perlu warna warni... Aura perlu suci bersih..

Pemikiran positif akan menjadikan semuanya positif....  Kenapa perlu fikir negatif... padahal kita semua mahukan hasil yang positif..
Ini petua dari orang-orang yang berjaya... Jangan habiskan masa untuk memikirkan perkara negatif.. Lebihkan pada tindakan & usaha untuk hasil yang positif... Usah berbicara orang tak mahu... Lebih tumpukan cara bagaimana untuk semua orang mahu.. Usah berbicara orang tak minat... Tunjukkan sebab2 yang akan membuatkan orang minat... Usah berbicara tentang kegagalan.. Lebih fokus pada kejayaan.

Pedang Samurai... pedang yang sangat tajam.. tapi kalau tak digunakan sebaik mungkin., tiada kegunaannya... tiada manfaat.. tiada nilai..

Begitulah jugak kita umat manusia.. yang dicipta sebagai sebaik-baik kejadian...  Kalau tak digunakan potensi dalam diri kita sebaik mungkin.... tiada diasah, diasuh, digilap sebaik mungkin,...tidaklah nampak kelebihan & kehebatan yg diciptakan bersama dengan kejadian kita..