Wednesday, October 12, 2011

SAFIRA CLUB 41 ~ 5/10/11

Ini cerita kelas di Safira minggu lepas. Bersama CDM Kartini, CDM Kamarudin, CDM Roshila, CDM Zaifrey, CDM Nizam, CDM Wan, CDM Shahrina, CDM Ali, CDM Paksu.
Ramai yang hadir.
seronok berniaga macam ni. suasana meriah. baru ada mood mau berniaga.
orang datang pun happy. percaya dan yakin.

CDM Kartini, CDM Shahrina, DSM Azulia.

GO GO GO Holland,
Kata2 Aluan dari CDM Sharina



Friday, October 07, 2011

JOURNEY TO TTC USJ 4~5 OCT 2011

Pengembaraan ke Taipan Training Centre baru2 ni sangat mengujakan. Aku bergerak tengah hari dari Penang dengan Jentera berkuasa tinggi 2 tayar. Dari Penang dah hujan. Kat Highway hujan hujan yg lebat. Tapi tak jadi penghalang untuk aku terus sampai ke destinasi.

Berhenti rehat sekejap di R&R Gunung Semanggul. Hujan dan angin terlalu kuat.
Next perhentian aku dekat Taiping. Berhenti ja motor terus disapa stranger.
Tanya pasal motor. berapa cc. berapa harga. Jarang tengok motor jenis ni.
belek belek. layan ja. ambil contact num. Dia suruh aku cerita bisnes apa aku buat.
ooooo.. x sempat. nanti jumpa lain ya Abg Mie.
Sebelum aku sampai ke TTC, aku singgah ke Kepong dulu. Convincekan prospek DSM TYI. Nak buat tapi takut2. Nak berjaya tapi tak berani. Nak pakai motor besar tapi tak mahu bermula lagi.
Mungkin dia perlu masa.
Aku singgah ke Taman Melati untuk mandi dan settlekan maghrib serta isyak (Jamak)
dan terus vroommm ke ttc.
Sampai ke TTC aku jumpa CDM Shahril  CDM Hanim. Tapi aku ke Makbul sekejap untuk jumpa group. Bawa prospek untuk demo. Ajak datang kelas. Sebab memang tak sempat kalau aku demo di makbul.
CDM Yan memberikan kata2 aluan. Mantap tu
Berkongsi pengalaman bermula 4tahun yang dulu,
Memberi semangat, keyakinan, API API API
untuk warga AT181 yang hadir ke TTC malam tu.
Lepas kelas, bergambar dengan beberapa orang warga AT.
Hadi, semangat beliau luar biasa. Ada misi yang besar. Nak pakai motorbike gak.
Memang boleh Hadi. Pasti boleh
Aku singgah ke Makbul dulu. Ada demo di sana
Anak2 muda. Semuanya minat motor besar. DUcati.
sesi demo berjalan lancar. Isi borang. Urus dana
Pastu sembang motor motor motor
Ya la, muda2 la sedap pakai. sedap travel, sedap konvoi
Tahniah SSM Najib, sedang kembangkan network beliau di kl. Rajin bawa kawan ke kelas.
Thanks to CDM Kapten Jai, membantu convince
Power memang power. sangat berkeyakinan.

DSM TYI baru lepas demo kawan lama dia. Alhamdulillah, isi borang, akan join. Cash katanya.
Itu kelebihan bila dah boleh present sendiri, boleh cerita plan. Boleh gerak bila2 masa, di mana2 saja
Lepas Makbul kami ke Restoran Carlos. Makan nasi goreng Vietnam.
Dan aku bermalam di rumah DSM TYI. Kul 3am baru tido, kul 6.30am dah bangun.
Meneruskan pengembaraan
Lepas DSM TYI masuk keja, aku ke rumah cdm Kamarudin. Breakfast sama2. ambil ilmu dan tips dalam bisnes. Banyak jugak tambah ilmu baru. Perancangan baru.
CDM Zaifrey, CDM Shila pun bfast sekali.
Mereka terus gerak ke Penang, Aku ke SOGO
Punyalah susah nak cari parking. Nak parking tempat motor tak muat. Mau tak mau panjat divider. Parking tepi Secret Recipe kat SOGO tu. hehehehe
Alhamdulillah, berkenalan dengan bakal rakan niaga DSM TYI.
Anak muda yang sangat bersemangat. Nak jadi macam TYI. sukses dalam masa beberapa bulan ja.
Sambil aku tgh update blog ni, TYI bagitau yang kawan dia dah close pakej penuh..
Alhamdulillah sekali lagi

Masa kat SOGO ni DBKL dah nak saman motor aku. heheheh. Nasib baik tak sempat. Terus gerak ke Penang

R&R Tapah.
Sebelum sampai sini aku singgah R&R Sungai Buloh. sebab hujan tiba2. nak pakai baju hujan la ceritanya
Berhenti motor ja, sorang stranger tegur lagi. Tanya pasal motor gak
layan layan. dia bagi name card. uruskan money changer ayahnya. Budak muda lagi.dapat sambung belajar ke luar negara, tapi tak pergi, sebab nak berniaga. Turun temurun.
Money Changer. nanti aku turun kl, akan jumpa dia. minum2, makan2,

Masa kat tapah, sebelum aku gerak, seorang pakcik datang tegur. Org Kuala Kangsar, Loghat peraknya pekat sekali.
Adik, berapa harga motor ni. Pakcik tengok kamu naik segak sungguh. Bangga pakcik tengok anak muda naik motor BMW. berapa laju kamu dah tekan.
hehehehe. 200km pakcik.
Uihhhh, lajunya. kamu tak kena tahan polis ke... aku senyum ja la.
Singgah jap ke R&R Sungai Perak.
Rehat2 badan.

Memang aku enjoy sungguh Journey ke TTC. dapat ramai kawan baru
Minyak motor pun rm30 ja dari penang ke KL. tak sangkut sangat dengan Jem.
nak mencelah tu kena jaga2. sebab ada BOX kiri kanan.

Lepas ni akan ada lagi Journey aku ke tempat2 yang lain.
VROOOOMMMMMMM

***Thanks to CDM AYU yang sentiasa call,sms tanya keselamatan dan berdoa semuanya ok sepanjang journey aku.***

Jom Warriors.

Sunday, October 02, 2011

API!!!!

Bahangnya panas, kehadirannya menggerunkan, Lambangnya menjadi pujaan,

Dalam diri perlu ada API, api yang panas membara, tak boleh padam, tak boleh diusik, tak boleh diganggu.
Motivasi paling hebat adalah dari dalaman, bila berapi, bila membara, segala harapan, impian, cita2 pasti dilaksankan. Tak boleh sejuk, tak sempat sejuk, tiada harapan untuk sejuk.

PANAS PANAS PANAS.

OKTOBER 2011

Macam2 perancangan bulan Oktober. Bulan terkahir untuk Kempen Umrah/Belgium&Holland

1. Menjenguk2 pasaran Alor Setar. Memang luas. Pasaran besar
2. Mantapkan team Sungai Petani
3. Lahirkan leader2 baru setiap bulan
4. Safira Club jadi Center Utama ( Siap sedia )
5. Mantapkan skill & strategi
6. Lahirkan testimoni2 baru. (Income, kereta baru group, MOTOR???)
7. Lahirkan CDM baru
8. Turun ke Taipan Training Centre di USJ

Banyak lagi perancangan. insyaallah akan dilaksanakan mengikut perancangan.

Esok akan turun ke alor setar. menjenguk kelas di alor setar.
Selasa akan ke Taipan USJ. Jumpa Otai. ambil ilmu. Jumpa group, berkenalan dengan group baru.
Nak try naik motor ke USJ. heheheheh...  vroommmm vroommmmm

Taipan Warrioz






DIantara gambar2 yang sempat cari dan masuk blog.
Ada lagi yang tak tau dok mana, hehehe .
dah tua rasanya.. asyik lupa ja

Jom Warriorz... kita kasi gempak. bikin havoc
Impian baru. Lebih ganaz..
Kereta ramai yang dah ada.
Apa salah bermotor pulak.
JOM JOM JOM.

WARRIORZZZ

BOP SUNGAI PETANI 11 ~ 1/10/11

Kelas di Sungai Petani kembali rancak selepas habis musim raya. Memang akan menjadi seperti yang dijangkakan. Mesti bayang dulu nak jadi macam mana. Pastu sama2 kita usaha untuk jadikan seperti yang dirancang. Bayang dulu. Pastu jadi. Mesti mesti mesti jadi.

Aku dan CDM Wan, berganding bahu, posing tahan nafas. Cover perut. hehehe
CDM Wan, antara insan yg terlibat secara langsung untuk membangunkan Safira Club
Hasil Safira dah nampak. Sekarang kami bergabung untuk membangunkan kelas Sungai Petani
Insyaallah aku sangat yakin, Sungai Petani akan menjadi seperti Safira Club jugak.
Berilah masa.... Dan masa itu akan tiba.
CDM Ayu Yasin, CDM Panas panas panas.
Aura yang luar biasa. Pangkat tertinggi dah jadi genggaman. CDM wanita pertama di Penang.
Tahniah CDM Ayu. Ramai yang nak jadi macam CDM. Beliau bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Tiada yang mustahil baginya.
Tahniah ya CDM Ayu
CDM Shahrina, pasangan pada CDM Wan.
Petah berkata-kata, Pertama kali hadir ke kelas di SP,
Mengembangkan rangkaian. membantu rakan niaga,
Welcome Welcome
Sama2 kita mencari rezki di platform AT181
Inilah suasana semalam. Penuh. Kerusi pun tak cukup dah.
Leader2 beri laluan. Keutamaan utk orang2 baru.
Biar bersila pun tak apa. Tak jadi masalah. Tempat memang luas.
DDM Syukri, Anak muda yang sudah bersinar-sinar
Serba serbi boleh. Bukan terus boleh.
Sebab dia MAHU. Itu yang boleh.
Dah biasa jadi pengacara, pandai cakap, lebih pada pengalaman diri dan luahan hati
Itu yang berkesan sebenarnya.
Network di SUngai Petani juga ramai dari group beliau.
Teruskan DDM... Kejar pangkat CDM. Biar jadi CDM Muda...
DSM Tengku Yuszaimi
Ice Breaking. Makin mantap, bersemangat
DSM Tengku yang memulakan kelas di SP, untuk kemudahan orang SP,
Safira tetap yang utama,
Bulan ni pastinya dapat tiket Belgium. Confirm dapat lah Tengku
Apapun tahniah kerana berani sahut cabaran untuk buat Ice Breaking.
DSM Wan(Jebat)
ANak didik DDM Syukri dan DSM Wawa
Dua bulan terkini ni dah kumpul income lebih rm10k.
Tak sabar nak tunggu kehadiran orang baru.
Honda Civic bernumber 181
Minggu ni dapat katanya
DSM Wan pun muda lagi, tak sampai 25 umurnya. masih bujang
Siapa nak. hehehehe...
Yang ni dah tak bujang. hahahhaha
Aku hanya beri kata2 aluan.
Kelas SP akan jadi pusat latihan untuk mencungkil bakat2 baru.
Diasah, diasuh, digilap

Warga2 Utara khususnya yang berdekatan SP,
Yang dah join @ belum.
Di mana anda??
Mari bersama kami membina Kejayaan.
Mari keluar dari tempat pertapaan.
AT181 sudah memacakkan Bendera.
Jangan lihat saja. Kibarannya bukan bersahaja
Kibarannya penuh dengan API
API yang membara
API Kejayaan.

Mari bersama kami, berganding bahu, bergabung kekuatan,
GEGARRR GEGARRR GEGARRRR
Tahniah pada semua yang menjayakan kelas di SP

SAFIRA CLUB 40 ~ 28/9/2011

Seperti biasa program setiap Rabu di Safira Club memang mendapat sambutan hebat,
Sentiasa penuh, sentiasa ramai orang baru yang hadir, Leader tak jemu2 datang. Ramai yang suka untuk ke Safira.
Alhamdulillah.
Inilah bukti kekuatan perniagaan. Kelas sangat mustahak. Memang mustahak. Yang tak hadir pastinya kurang bersemangat. Kerana di kelas begitu banyak bukti2 kejayaan. Aura positif begitu kuat. Semuanya mempunyai cita2 & impian untuk berjaya. Di kelas jugak dapat bertemu dengan mentor, dapat ambil tips. dapat kenalkan prospek kita kepada CDM CDM dan leader2 yang lain.
Barulah berbisnes cara profesional.

Maaf gambar tak dapat upload. dah tak ingat tangkap gambar guna camera mana. cari2 x jumpa. Tapi pastinya memang meriah & ramai.

Jadi jangan la kita rasa malas nak ke kelas. Jangan rasa jemu.
Maaf juga tak berkesempatan nak update blog selalu.
Masa memang penuh. Demo, setting, planning.
Membina kekuatan empayar AT181