Sunday, June 05, 2011

CABARAN UNTUK BERMULA

Sekadar berkongsi pengalaman.

Pada Feb 2007, isteriku menceritakan 1 peluang. Peluang untuk berubah bersama Taipan181. Waktu itu aku tak nampak. Tak faham. Hanya mendengar penerangan ringkas tanpa bukti dari isteriku. Aku tahu, tujuannya untuk kami mencuba sesuatu sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan.

Katanya waktu itu, makciknya di Putrajaya dah berjaya. Dah dapat income 5angka, dah tukar kereta waja ke Toyota Estima. Hanya dalam beberapa bulan. Walaupun makciknya hanya bekerja sebagai seorang typist di Jabatan Kerajaan. Otakku seakan tidak dapat menerima. Mana mungkin boleh berjaya. Bisnes apa yang dibuatnya. Sedikit penerangan dari isteriku pada ketika itu yang tidak dilapikkan dengan bukti untuk menyakinkan aku. Aku diam saja. Aku tak minat langsung. Sebab yang utamanya. Aku tak minat berniaga.

Sebagai seorang kakitangan kerajaan, yang bekerja sebagai Penolong Teknologi Maklumat (F29). Aku rasa agak selesa sebenarnya. Jadi peluang itu kubiarkan saja. Mendengar pun tak nak. Mungkin kerana keegoan ku. Isteriku tak jemu... Cuba lagi memujukku untuk beri peluang. Hanya dengar saja. Diceritakan lagi, kakak dia pun dah join. dah dapat income melebihi gaji. Dah tukar kereta jugak. Hmmm...  Masih aku tak endah sangat. Egolah katakan.

Tanggal Julai 2007. Kebetulan ada Karnival Jom Heboh di Queensbay Penang. Datanglah makcik & kakak Ayu(isteriku) ke Penang. Bermalam di rumah ku di Bayan Baru. Untuk memudahkan mereka buat promosi di Queensbay. Itulah detiknya. Semasa aku di meja makan. Sedang nak makan. Makcik Ayu mengambil peluang. Membentangkan peluang yang Ayu nak aku dengar dari bulan Feb 2007.

Aku pun terfikir, tak salah kalau dengar sahaja. Belum tentu aku nak join. Selepas penerangan berserta bukti2 yang kukuh...  Huhhhh... Terus terbuka pintu hatiku. Aku dapat rasakan yang memang mudah bisnes ni. Begitu ramai yang berjaya. Bukti2 yang ditunjukkan padaku memang hebat. Memang betul kejayaan luar biasa telah dikecapi oleh mereka yang bersama Taipan 181.

Waktu tu aku terfikir. Kenapalah aku tak terus dengar pada Feb 2007. Kalau tidak pasti aku dah dapat ke Umrah Percuma yang ditawarkan oleh bisnes ni pada tahun 2007. Untuk tidak terus merugikan masa & peluang. Tarikh 21 Julai 2007, secara rasminya aku join. 10 Ogos 2007 aku mendapat pendapatan pertama RM4600. Wah,... memang betul ni. dan dari situlah kami mula membina langkah. Belajar bersama Akademi Taipan. Dipimpin, dibantu, dipantau. ALhamdulillah. Pendapatan kedua RM2800. lebih dari gaji.

Terus buat dan buat. Jan 2008 kami berdua terbang ke KOREA. Pertama kalinya kami ke luar negara. Passport pun tak ada sebelum ni. dengan pendapatan terkumpul hampir rm20k sepanjang 4-5bulan berbisnes secara part time. Kami memang enjoy di Korea. Trip percuma. Rezki kami... Korea musim salji. Salji turun lebat. Alhamdulillah. SYukur.

 Pertama kali memegang salji di Korea 2008
 Honeymoon yang paling Indah
 Memang enjoy sangat2
 Takkan dapat dilupakan. Di Gunung Ji San.
 Syukur Alhamdulillah
 Shopping jangan tak shopping
 Best tau - Dapat free
Seronokkan. Cuba kita fikir.. aku juga sebenarnya tak minat, tak percaya, tak tahu pun boleh berjaya atau tidak jika kami join bisnes ni. Pengalaman tak ada, ilmu pun tak ada.

Cuma kita, janganlah hukum diri sendiri. Terus buat keputusan tanpa kita betul2 dengar. AKu faham... dah hampir 4 tahun kami dalam bisnes ni.. Kadang2 kita berpeluang terus cerita pada pasangan. Kadang2 kita sempat cerita pada slah seorang pasangan saja. Yang pastinya mereka akan minat. Siapa tak nak ubah kehidupan, tambah pendapatan, melancong luar negara, kereta mewah kita guna company yang bayarkan. Semua tu kita nak...  Cuma bila kita yang baru dengar.. cerita sendiri walaupun pada pasangan kita atau sedara mara kita untuk dapatkan keizinan. Pastinya Pastinya,,, kebanyakan dari orang yang tidak mendengar sendiri... akan berikan jawapan seperti mana yang aku berikan... Tak payah lah... Boleh buat duit ka tu.. Rugi nanti...
SEBAB???   Sama juga seperti yang aku rasa... Tiada bukti.. Cara penceritaan yang simple.. yang mana kita pun baru sekali dengar.. jadi untuk kita faham dan memahamkan orang lain adalah benda yang berbeza,,,
Kita yang dah dengar serta tengok bukti memang dah yakin & faham. Tapi untuk kita faham & yakinkan orang lain???  Itulah yang Akademi Taipan selalu tekankan... Biar kami cerita... biar kami fahamkan.. Biar kami yang yakinkan.. Biar kami latih & kami bimbing.. Kerana kami telah dilatih dan dibimbing.

Berilah peluang.... ANda tak rugi apa-apa pun... Keputusan yang kita buat hari ni... menentukan masa depan kita... Rebutlah peluang ... Kempen ke Umrah & Belgium/AMsterdam telah bermula.. Usah jadi macam saya,,, tunggu 5bulan untuk dengar peluang.. Kita akan terlepas macam2 insentif.. kawan2 kita yang dah ada dalam list untuk kita ajak nantipun mungkin pada masa tu dah join dengan kawan2 lain. Sebab penangguhan yang kita buat. Ingatlah, bila kita dah bertemu peluang.. Itu maknanya ALLAH dah beri jalan.... Untuk kita usaha...


Friday, June 03, 2011

UMRAH / BELGIUM / AMSTERDAM - KEMPEN DAH BERMULA

Jun / Rejab.  Ada berita sedih & juga ada berita gembira sebagai penawar kepada kesedihan kita.

Kempen melancong dimulakan sekarang.. Lokasi yang ditunggu-tunggu datang lagi. UMRAH
Lokasi yang kedua yang belum pernah dibuka lagi sebelum ini. Belgium & Amsterdam

Semuanya bermula sekarang. Jun-Oktober 2011.

Bagaimana.. Sila hubungi saya bagi yang ingin turut sama mendapatkan Trip Percuma ini.

FITRI - 0194817181
AYU - 0194807181

Yang pastinya kita akan mendapat income yang sangat BESARRR, Pangkat, Elaun kereta & Tiket percuma jika kita bermula sekarang..  Jangan tangguh Jangan Tunggu.  Terus bertindak

ALL THE FIGHTERS...  GET READY.. MASA TELAH TIBA.

Belgium
Nice view
Wah... pastinya kita pergi musim salji
sejukkkkk
Singgah pulak kat Amsterdam
Stadium bola pun cantik
wahhhhh... nak pi nak pi nak pi

Hadiah


Sahabat2 sekalian.
Marilah kita niat untuk hadiahkan pahala umrah @ haji pada arwah DDM Kunaini yang telah selamat dikebumikan pagi ini.
Kita gunakan kesempatan yang ada bersama AT181. Yang mana pakej umrah akan dibuka bulan depan.
Jom kita fight sungguh2. Kita juga yang untung.
Kita juga yang dapat rasa ke tanah suci Mekah
Sambil2 tu kita boleh lah hadiahkan pahala umrah yang pastinya kita dapat buat banyak kali di sana nanti.
Kalau setiap seorang dari kita hadiahkan 1 pahala umrah...
Berapa banyak yang akan arwah dapat.
pastinya ia dapat menenangkan lagi arwah di sana..
Itulah tanda kasih sayang kita pada arwah..

Bagi yang berkemampuan.. pun boleh hadiahkan haji untuk arwah..
Ikutlah mana yang kita mampu.
Selagi hayat kita masih ada. Inilah kebajikan2 yang dituntut sesama insan & juga sahabat

Selamat Tinggal Fighter Hebat..

Aku tak dapat tidur malam ni... 

Terkenang detik2 pertemuan dengan arwah. Aku mula mengenali beliau di Mines. Masa tu arwah sharing. Hebat. Dah buat hampir 27 jenis MLM kalau aku x silap.. petah dia berkata-kata. Aku mula rapat dengan beliau semasa di Switzerland. Pada 1 malam, di depan hotel.. beliau menyapa aku.. kami bersembang lebih dari 1 jam. Berkongsi-kongsi pengalaman. Beliau lebih banyak bercerita tentang perkembangan group & juga masalah2 berniaga di Sarawak. Beliau sesungguhnya seorang yang sangat kental.

Kami begitu seronok di Switz...  7hari lebih mengeratkan hubungan kami.

Baru2 ni April, sekali lagi kami bertemu di Perth... kami lebih rapat. lebih mesra, lebih mengenali hati budi. Seronok kami bersama arwah. Suka mengusik. Aku juga akan usik arwah. Yang tak boleh dilupakan..
Bila dia tangkap gambar kami... Arwah akan kata... BOLEHLAH....  Bolehlah gambar ni.. walaupun kami posing betul2... Boleh lah... itulah usikan2 arwah...

Yang pastinya pilihan lagu video klip Perth, lagunya adalah pilihan arwah... aku download dari komputer arwah. CDM kamarudin pun ada masa kami tengah pilih lagu...

DDM Kunaini... kami sangat menyayangi mu... Kami pastinya rindu sangat2.... Semangat arwah akan kami teruskan.. Perjuangan arwah akan kami sambung... menjayakan sesiapa saja untuk ke Pangkat CDM umpama menjayakan Arwah sebagai CDM. Itu hasrat arwah... untuk jadi CDM.. Setiap CDM yang kami lahirkan adalah untuk menyambung semangat MU
.............................................................................

Al-Fatihah

Renungan.....


Pemergian Arwah DDM Kunaini masih lagi terasa di kalangan warga AT181. Nama beliau sentiasa disebut-sebut. Semalam aku adakan meeting leader ku. Kami menghadiahkan surah Al-Fatihah untuk arwah. Kami juga akan membacakan Surah Yasin untuk arwah secara sendiri2.

Kebetulan petang tadi aku berjumpa dengan seorang Ustaz. Ustaz Aswar namanya. Di antara pesan Ustaz padaku..

Jadilah orang kaya yang bertakwa. Yang mana kita sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang. Kita perlu hebat dari pandangan Allah SWT. Bukannya hanya hebat di mata manusia. Hebat manusia tidak terletak pada darjat, harta, pangkat & juga kekayaan.

Tetapi itu bukan alasan untuk tidak berjaya & kaya kata Ustaz Aswar. Umat Islam sememangnya dituntut menjadi kaya. Kaya & beriman serta bertakwa. Umat Islam yang kaya akan menjadi Syiar. Yang mana membuktikan Islam tidak menghalang umatnya untuk kaya. Bak kata Ustaz,, untuk kufur pada nikmat Allah tidak semestinya orang yang kaya.. kerana ramai manusia yang tidak diberikan kekayaan juga kufur pada Allah. Dengan rezki yang Allah beri, bila kita tahu saluran yang betul.. tidak menjadi masalah...

Jangan riak dengan kesenangan yang diterima, usah meninggi diri, betulkan niat, jaga amalan, sentiasa berpegang pada ajaran Rasulullah,

Rebutlah peluang untuk mengerjakan umrah yang pastinya ada setiap tahun bersama Akademi. Itu niat yang cukup mulia. Bila dah diberi kesenangan, bila dah ada kemampuan, tunaikan haji secepat mungkin. Kan murni, kan elok jalan yang kita pilih. Kenapa kita tak mahu kaya. sedangkan banyak kebajikan & kebaikan yang boleh kita lakukan dengan rezki yang kita terima.

Aku sangat berpuas hati dengan nasihat dari Ustaz Aswar. Ustaz juga ada menyentuh bab kesederhanaan yang sering disalah erti oleh kebanyakan dari kita...   Sederhana itu sebenarnya dari diri kita sendiri... sederhana dari berkata-kata, sederhana dalam kehidupan kita.. tidak bermakna tidak boleh kaya... Kereta mewah perlu untuk kemudahan diri kita dalam berniaga. Tak salah.. cuma jangan riak. jangan perlekehkan orang...  guna kereta itu ke arah kebaikan.. guna kereta itu untuk ke rumah ALLAH...  sebagai lambang kejayaan & kemajuan ekonomi umat Islam.

Betul Betul Ustaz...  kalau kita lihat .. banyak jugak yang tak berkereta mewah.. mengunjungi pub, disko, lorong2 gelap... berjalan kaki pun sanggup... naik motor pun sanggup... tak dinafikan yang kaya pun ada kearah itu juga.. 

Itulah pesanan ustaz... jadilah orang Islam yang kaya & juga bertakwa...  Insyaallah Ustaz.. Jutaan terima kasih atas segala nasihat... Yang mana aku pasti, Pemimpin dalam AT181 juga mempunyai misi yang sama.  Sentiasa memimpin kami ke arah kebaikan..

Sahabat2ku....  kita dah berada di platform yang cukup elok... Pentas usahawan ini kita boleh gunakan untuk kejayaan dunia & juga akhirat... 

Terima kasih & tahniah pada yang hadir semalam... semoga tazkirah yang disampaikan semasa kelas.. dan juga pesanan2 yang ku sampaikan dari CDM2 otai.. kita terus laksanakan.. kita terus usaha... Semangat setia kawan yang telah kita pupuk sejak mulanya perkenalan kita biarlah berakhir sehingga akhir hayat.. Mari kita betul2 jayakan slogan BERSAMA & BERSATU SELAMANYA.

Al-Fatihah untuk arwah DDM Kunaini
Selamat Jalan Sahabat
Selamat Tinggal Teman
Selamat lah Kau di Sana..

Thursday, June 02, 2011

SAFIRA CLUB 24 - 1JUN2011

 Nyayian Kau Boleh
 Leader2 terus bersemangat

 Ice Breaking dari CDM Che Mat
 CDM Abg Ali pun ada
 CDM Kamarudin pun duduk sebagai perserta. Walaupun dah beribu-ribu kali hadir kelas. Tak pernah jemu
 Yang bawa anak pun ada
 Sharing dari SSM Sheikh Osman. Hebat, pandai bercakap, semangat & berilmu
 DSM Nana pun sharing lebih hebat dari dulu. Bakat sudah makin menyerlah. Perlu di beri peluang sahaja. Pasti lebih hebat jika lebih mahu keluarkan potensi yang terpendam. Tak sabar nak ke Hong Kong bersama suami & group pada 18Jun ini
 DSM Sukri, anak muda berusia 23tahun, sudah sebati dengan AT181. Ada gaya & style tersendiri. Pasti cerah masa depan dengan AT181. Menjadi emcee semalam. Dalam proses untuk menjadi speaker hebat
 Anak buah CDM Ali, dapat hadiah sebab bawa prospek paling ramai. Hadiah dekat rm200 tu harganya. Tahniah ya. dari perlis tau...
 CDM Che Mat membentangkan strategi untuk group. MANTAP
 DDM Din berdemo sambil diperhatikan oleh rakan2 kongsi yang lain. Duplikasi sedang berlaku
 DDM Melati & Hafiz pun rancak berdemo. Tahniah ya. Makin berkembang dari minggu ke minggu.
 Dsm Lan, Personal touch. One by one. Hebat
 DDM Rizal demo sakan. Pulun pulun nak naik CDM.
Srkandi2 AT181. Setiap minggu mesti hadir. Mesti semangat, tak pernah mengeluh. Tak pernah mengalah. Tak jadi buat lagi. Buat sampai bila. Buat sampai Jadi. Boleh ka... Mestilah boleh kalau nak.

Suasana semalam di Safira Club bercampur baur. Antara sedih, seronok & semangat. Kami semua turut juga merasai kehilangan Arwah DDM Kunaini. Semua macam tak percaya. Macam mimpi.

Salah 1 Impian DDM Kunaini yang belum tercapai ialah untuk hadir ke Safira Club. Kami dah pelawa. Dah ajak. Datanglah masa cuti sekolah. Duduklah kat rumah kami... Arwah kata masa cutilah dia nak pulun sungguh2... tak boleh nak tinggal... tak sampai hati nak tinggalkan rakan kongsi beliau... Tapi walaupun DDM Kunaini tak pernah sampai... video clip Perth jadi kenangan untuk kami semua.. Dah selalu ditayangkan di Safira..  Itulah yang tinggal untuk kenangan buat kami..

Sahabat2ku yang dikasihi... Sementara kita semua masih ada hayat.. masih ada nyawa, masih ada kekuatan.. Kita dah tak boleh tunggu... Apa yang kita nak kita perlu capai secepat mungkin.. Kita pulun dunia & akhirat.. Biar kita bekerja seumpama kita akan hidup 1000 tahun.. Dan jangan lupa untuk beribadat seumpama kita akan mati esok hari...  Sesaat yang kita tangguhkan akan jadi penyesalan selama-lamanya..
Fighter2 hebat.. Pertemuan & perpisahan sudah menjadi lumrah di dalam kehidupan.. Yang hidup pasti mati.. Perjuangan kita perlu diteruskan.. Biar sedih menyelubungi kita.. itu tandanya ada wujud kasih sayang diantara kita sesama Taipan.. Hubungan seperti inilah yang perlu ada.. Dari tak kenal menjadi kenal.. Dari Bukan kawan sudah jadi lebih dari adik beradik..  Marilah kita betul2 bersatu. betul2 bersama. Lupakan masalah2 yang ada. Lupakan benda-benda yang boleh merosakkan hati & juga berniaga.

marilah kita jadi lebih kuat & lebih hebat..

Buat arwah DDM Kunaini... Hanya AAl-fatihah & surah Yasin yang mampu aku hadiahkan untukmu sahabatku. Aku jua pasti akan ke sana. Ketempat yang telah kau sampai terlebih dahulu. Semoga kau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman & beramal soleh.

Salam sayang dari kami semua Taipan Utara. Selamat Tinggal Teman, Selamat Tinggal Kawan. Selamat TInggal sahabat.

Wednesday, June 01, 2011

Al-Fatihah untuk Arwah DDM Kunani - Sarawak

 DDM Kunaini menjadi kenangan
 Keceriaan mu takkan kami lupakan
Bila tiba masanya, tiada siapa boleh menghalang, tidak terlewat sesaat pun dari tarikh yang telah ditentukan.
Pagi ini kami semua dikejutkan dengan berita sedih
DDM Kunaini telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Jun 2011.
Bagaikan tidak percaya.
Beliau insan yang hebat
Insan yang kuat semangat
Insan yang peramah
Insan yang baik hati
Insan yang mempunyai matlamat & impian yang sangat besar
DDM Kunaini
Kami semua merindukan mu.
Kami semua terasa dengan kehilanganmu.
Yang tinggal hanyalah gambar2 kenangan
Walaupun kita hanya bertemu di dalam Akademi Taipan
Tapi hubungan sudah begitu rapat.
Bagaikan sedara mara.
Ya Allah,
Engkau cucurilah rahmat pada roh DDM Kunaini
Engkau ampunkanlah segala dosa beliau
Engkau permudahkan lah urusannya di alam kubur
Engkau pandanglah kebaikan2 yang ada pada DDM Kunaini
Ya Allah
Tempatkanlah roh Arwah di kalangan orang-orang yang beriman
yang mendapat syafaat dari Rasulullah SAW
di tempat yang mendapat keredhaan mu Ya ALLAH
Ya Allah
Engkau lepaskan lah azab kubur beliau
Engkau permudahkan lah soalan2 dari Mungkar & Nangkir
Ya Allah
Kami semua sangat2 rindukan pada DDM Kunaini.
Alfatihah untuk arwah
Marilah kita hadiahkan bacaan Yasin pada arwah.
Selamat Tinggal DDM Kunaini