Thursday, January 06, 2011

SAFIRA CLUB - 1

5 Jan 2011, kelas pertama di tahun 2011. Safira Club menjadi tempat perjuangan AT181 di utara. Komitmen tenaga-tenaga pengajar AT181 sungguh luar biasa. Jarak tidak menjadi masalah. Aura AT181 pelbagai warna, Gelombang kekayaan makin bertambah, yang pastinya suhu sejuk bilik Beringin menjadi panas dengan semnagat semua yang hadir.

CDM Amran dari Bangi, datang awal membawa rakan untuk berkongsi peluang kejayaan.
 
CDM Hasmidar, bermulanya bisnes beliau di kawasan utara, melahirkan seorang CDM, CDM MARIAM di Alor Setar.
 
ABK - Aku Budak Kilang, DDM Rizal, menghitung hari untuk ke pankat tertinggi, CDM. Asal pekerja kilang, Rangkaian beliau makin meluas dari hari ke hari.
 
Alhamdulillah, ramai di luar yang tak dapat masuk. Full House.
 
FOKUS!!!!
CDM Kamarudin, datang setiap minggu. Semangat beliau semangat luar biasa, ilmu beliau juga luar biasa. Toche Toche Toche.
 
FOKUS FOKUS!!!
 
Berfacebook ker tu, Hebat... maklumat terkini terus disampaikan untuk kawan2. Inilah Progresif, gunakan teknologi untuk lebih cepat.
Pasangan CDM hebat. Komitmen setiap minggu ke Safira Dari KL.
 
Dari dalam perut, sampai lah dah 1tahun ++. Komitmen syahmi, anak kepada DSM Azulia & Sabri. Pasti bermotivasi anak ini. Setiap minggu didedahkan dengan suasana yang sangat2 positif & berilmu.
 
Apa tuh.... banyaknya.. dari mana datangnya gerangan..
 
Uihhh... di bakar pulak... Lighter beli kat mana tu... Saiz XXL.. baru puas nak bakar lemak asid, racun,kuman,,, semua jenis penyakit yang menjadi rangkaian lemak tepu. Dibakar tak hangus. menjadi seperti chewing gum.
 
CDM Rozana Roza, 8 tahun bersama AT181. Kesetiaan beliau bersama AT181, susah senang bersama AT181. Hebat la CDM nie. Datang bersama pasangan DDM Shamsul, Dunia ni kecik.. DDM Shamsul ni sepupu kepada suami sepupu aku..
 
Ini lah hasilnya selepas dibakar berkali-kali dengan lighter size Giant. CDM Amran & CDM Paksu membuat Quality Control, Tengok dah bakar hangus ka belum.. Ini lah yang kita makan hari2. yang kita tak nampak. yang kita kata takdak apa. yang sedang membina sel2 penyakit dalam tubuh badan. yang sedang merancang suatu penyakit besar dalam badan... yang tunggu masa nak meletup ja.
Aduhai... tak sanggup lah tengok.. bau nya busuk.
 
Lokasi di Kari Korner Parit Buntar. Menyerang musuh-musuh yang bersembunyi.
 
Pasti tewas sebab kami bawa angkatan Komando... Serang tanpa bunyi..
 
heheheheh.. Rapat...

Seronok???  ya memang seronok... HONG KONG???  JOM GEMPUR.... Itu matlamat terdekat yang kita semua perlu capai & fokus... HONG KONG. HONG KONG. HONG KONG.

Wednesday, January 05, 2011

Latihan & Bimbingan setiap masa

Alhamdulillah. semalam berlalu penuh bermakna. Berjumpa dengan warga2 AT181 yang sempat aku jumpa. Bincang strategi, tips, semangat. Appointment pun berjalan lancar. Dari petang sampai ke mlm, berlanjutan sampai ke pagi. Bukan setakat demo ja kerja kita. Kena tengok apa yang group buat, tersasar atau tidak, marketing plan yang digunakan selari atau tidak, ada apa2 penambahbaikan yang boleh di tambah. mesti ada.
Jadi leader2 yang dah ada anak buah yang boleh buat demo sendiri, jangan lepaskan terus macam tu. Kena semak, kena jumpa jugak, kena tengok, mana yang terkurang.
Perlu ingat kita bergerak dalam kumpulan. Mungkin tak setiap masa kita berdemo dalam kumpulan.. tapi cari masa. Perbincangan perlu ada, pemantauan janganlah dilupa. Barulah jadi upline yang dihargai, rakan kongsi yang disayangi..

Bertemu malam ini di Safira Club dengan semangat baru di tahun 2011. Ramai CDM2 dari selatan yang akan bersama kita. Jom warga utara, kita datang awal. buat persiapan awal2. Segak kemas bergaya.

DDM ZANARIAH & DSM CHEK

Tanggal 6/3/2009, pertama kalinya DDM Zanariah & suami DSM Chek,, masa ni mereka belum join AT181 lagi... Hadir di Hotel Damai Parit Buntar, untuk mendengar taklimat. Yang membawa mereka ke situ ialah ayah Zana, Pakcik Mat. Tekun mendengar, duduk di barisan hadapan sekali...
Inilah titik tolak perubahan besar yang akan dilalui oleh pasangan hebat ini..


Selepas Hotel Damai, AT181 berpindah ke Parit Buntar Inn.. masa ni DDM Zanariah belum join lagi. Tapi kelas ilmu setiap minggu mesti dia hadir bersama suami. Kalau perasan Zana mesti duduk di barisan hadapan.

* DDM Zanariah berasal dari Johor Bahru, berkahwin dengan DSM Chek dari Baling. Kehidupan diteruskan di Baling. DSM Chek dulunya bekerja di kedai makan keluarga sendiri... Buat air, ambil order, kemas mengemas,.. DDM Zana lak pandai memasak, buat nasi lemak, buat kuih muih. Rajin berniaga. macam-macam bisnes pasangan ni mencuba....


Di Safira Club.. masih di barisan hadapan. DSM Chek berambut pendek lagi masa ni.. Zana tekun mencatat ilmu-ilmu baru. Untuk dijadikan bekalan berjuang dalam era bisnes yang baru buat mereka masa itu.


Bermulanya Kelas di Baling. DDM Zanariah memberanikan diri. untuk membuka kelas di tempat sendiri.. Berani berkata-kata, semangat tinggi menjulang. Kehadiran peserta ketika itu agak memberangsangkan. walaupun terdapat banyak halangan ketika mula untuk membuka kelas di Baling.


Peralatan untuk sistem suara dibeli. Untuk melengkapkan suasana kelas.

Seminar di Alor Setar, lebih nampak hala tuju dalam AT181.

 Wah... bakat yang terpendam harus dikeluarkan.. Rombongan ke MIECC untuk Diamond Nite.

 Perubahan demi perubahan berlaku pada beliau.. makin bergaya, makin berkeyakinan. Siapa sangka dulunya seorang surirumah.

 Pasangan sehati sejiwa, matlamat yang sama, perjuangan yang sama, ke pentas CDM pun pasti bersama.

Pasti ku bawa mereka ke Puncak Kejayaan. Asalkan mereka terus berada di landasan. Terus memberikan komitmen. Ilmu yang telah dipelajari dalam AT181, rangkaian yang telah dibina bersama AT181, perlu dijaga sebaik mungkin, sinarkan lagi cahaya yang sedang bersinar.

Tuesday, January 04, 2011

Jan 2011

3hb Jan 2011.. hujan sepanjang hari di pulau pinang. Ramai yang bercuti menguruskan persekolahan anak. Ramai juga yang terkandas di rumah sebab sedap tidur hari isnin...
Aku memulakan hari isnin dengan perancangan yang sangat rapi. Bermulanya appointment pertama jam 12 tgh hari sehinggalah ke jam 1.30 pagi. Memang puas hati. Pasti ada hasil. Penat???  kenapa nak penat... bila buat kerja yang kita suka. Suka pada mudahnya sistem, mudahnya nak ke hong kong, mudahnya nak dapat income 5angka... 1 hari yang positif... mempositifkan orang yang kami jumpa. Best best.

Hari ni pun appointment akan bermula sebentar lagi... terus sampai ke malam hari.. Buat apa nak rehat2 di rumah. Terlebih rehat 1 penyakit. terlebih rehat mendatangkan masalah. Jom Jom Jom...  Mari buat MAGIC di tahun 2011. Mari buat kelainan berbanding 2010.. Mari cipta rekod kejayaan luar biasa tahun ini.. Mari pecahkan rekod peribadi diri sendiri.

Minggu pertama mesti ada hasil... Ubah gerak kerja 2010.. hujung bulan baru nak closing... Tahun ni setiap minggu kita kena closing. Kita ada perancangan setiap bulan... Maknanya setiap minggu kita kena pantau... setakat mana tercapai target bulanan.. Baru sempurna gerak kerja kita.. Baru penyakit mengharap jadi tak berlaku. 1minggu pertama perlu diberi perhatian. Setakat mana hasilnya.. Jika tersasar, minggu ke 2 perlu dilipatgandakan usaha, untuk cover minggu yang pertama.. begitulah sehingga minggu ke 4.
RESULTNYA!!! pasti berbeza... CUbalah... ubah gerak kerja.. Lihatlah hasilnya yang luar biasa..
Selamat mencuba.

Sunday, January 02, 2011

1.1.11 - Konvensyen CDM AT181

Permulaan tahun 2011 bermula dengan Konvensyen CDM AT181. Bertempat di Mines Wellnes Resort. 8am-7pm. Semua CDM 1 Malaysia hadir. Sudah menjadi acara rasmi pada setiap tahun. Tarikh 1.1.?? akan menjadi pembuka tirai. Di kala ramai orang meluangkan masa dengan keluarga pada cuti tahun baru yang disambut diseluruh dunia, AT181 membuat perancangan hebat untuk memperbaiki pimpinannya setiap tahun. Blueprint AT181 menjadi landasan untuk kami terus bergerak maju di tahun 2011. Manifesto perlu diadakan, program2 di seluruh Malaysia akan dilaksanakan. Azam, Impian, Target yang belum tercapai pada tahun 2010 akan ditunaikan sepenuhnya pada tahun 2011.

Barisan pemimpin2 Otai dalam AT181, mereka sangat berpengalaman di dalam rencah-rencah AT181. Upline kesayangan semua, upline yang banyak mencorakkan perjalanan perniagaan kami, upline yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan, itulah Pemimpin hebat, pemimpin berjiwa murni - CDM Kartini. Bersama teman2 seperjuangan beliau di permulaan membina AT181 CDM Yan, CDM Ku Yah, CDM CT Rohani, CDM Rozana Roza
Pasangan sedondon, sehati sejiwa, suka duka dilalui bersama, Pakar motivasi hebat AT181, CDM Faridah Mohd Ali & CDM Dzulfadzilah.
Siapa tak kenal, CDM Mohd Razali, banyak keajaiban yang beliau temui di dalam AT181, kenapa begitu ajaib?? sebab AT181 sebenarnya mempunyai keajaiban yang tersendiri, tambahan pula syarikat juga mempunyai produk2 ajaib, Itulah kesannya... perniagaan bersama AT181 boleh naik melonjak seperti ada MAGIKA.... banyak rekod2 baru lahir dari AT181.. Tahniah CDM Muhd Razali, 2tahun perkenalan kita di dalam AT181.. Kepakaran beliau tak dapat dinafikan lagi.. Tahniah CDM..
CDM Ah Hock, 18 tahun bersama syarikat. 18 tahun bertahan, 18tahun teruji sudah kesetiaannya, Kalau lah kita tahu? kalau lah kita sempat, KALAU KALAU KALAU... katanya, kalaulah kita tahu masa depan, kita lebih bersedia, kalaulah kita tahu kita akan masuk ke dunia bisnes, kita akan buat persediaan, kalaulah itu.. kalaulah begini... hakikatnya, kita tidak tahu.. jadi apabila kita sudah berada di dalam team.. sudah berada di kalangan orang2 berniaga,,, berada di platform yang telah melahirkan begitu ramai Jutawan, bersedialah, mencarilah ilmu, kejarlah apa yang kita tak sempat.. tiada istilah KALAU.. teruskan saja perjuangan.
Nak Hebat Mesti Kena Cepat.. Untuk CEpat juga Perlu Hebat!!!
CDM Zulkifli Sohor, lebih kurang 15 tahun bersama syarikat. Orang yang cukup bertenaga, berilmu, selamba di dalam percakapannya. Kata-katanya seribu makna. Menjadi Idola kami semua. 1 tahun sekali pastinya bertemu, di Konvensyen CDM beliau mencurahkan Ilmu.
Hero2 AT181. Ceria selalu. Bersama & Bersatu setiap waktu.
Gempur Utara, Di antara CDM2 yang mengembangkan rangkaian ke Utara.


Ya... berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jejak langkah mereka pasti akan aku susuri...
CDM Kamarudin Mamat. Insan hebat, Bersahaja dalam tingkah lakunya, Kepuasan hidup sudah dirasai. 38 tahun umurnya. Diukurkan dengan kejayaan yang dimiliki... CUkup pantas, cepat... kerana mereka insan hebat... Dengan Izin Allah SWT, kami semua bersatu di bawah bumbung AT181. Untuk terus mencungkil bakat-bakat baru, Menggali di mana lagi tersembunyi insan2 yang mempunyai impian untuk dijayakan, mereka yang tidak mengenali potensi diri. Mari sini... Kami semua masih di sini.. untuk meneruskan 1 perjuangan yang apinya tidak akan padam.
CDM Faridah Mohd Ali.. sinonim sudah dengan kelantangannya bersuara, Gemersik suaranya menusuk ke kalbu setiap insan, susunan kata-katanya bagaikan seorang sasterawan. Motivasi diri yang sangat tinggi, ketahanan melalui perjalanan perniagaan. dihadapi dengan penuh ketenangan. Jasa beliau diakui oleh CDM Ah Hock, banyak kerja2 yang telah CDM Faridah lakukan untuk memudahkan lagi perjalanan AT181. Ikhlas datang dari hati, Kesannya juga sudah terbukti, Lahirnya pemimpin2 hebat silih berganti, AT181 tersemat di hati. Terima Kasih CDM Faridah Mohd Ali.
Bergambar dengan Kek ulangtahun.

 

Selamat selamat selamat
Succes forever
8.1.11 tarikh lahir CDM Faridah.. AT181 menyambut hari lahir semua warganya untuk Januari 2011 semalam.
CDM Kartini - potongan kek dilakukan.. Banyak pengorbanan beliau pada AT181.. Beruntung kami semua berada di bawah pimpinan CDM Kartini & CDM Kamarudin. Merekalah FIGHTER hebat. Yang tidak pernah mengaku kalah, tidak pernah lari dari masalah, tidak pernah mengundur walaupun setapak. 10 tahun pengalaman di dalam arena ini..
"Marilah kita semua warga AT181... perjuangan tahun 2011.. kita raih kejayaan besar.. kejayaan yang lebih hebat dari tahun2 sebelumnya. BERSAMA & BERSATU kita selamanya.. di dalam mengharungi suka duka perniagaan ini. Bagi yang terus bertahan... anda semua adalah pejuang sejati, pejuang hebat.. pengorbanan kita semua pasti akan dibalas dengan 1001 kejayaan yang kita semua tidak pernah termimpi. Yakinlah....  2011... adalah tahun EMAS untuk kita semua..."
Terima kasih pada CDM KARTINI & CDM KAMARUDIN... 

GO GO GO TAIPAN!!!!!!!

31.12.2010 - Malam terakhir 2010

181 - Di sinilah permulaannya.... num 181... sejarah Akademi Taipan tercipta... di USJ 9..
Kelas Jumaat malam Sabtu di TTC.. Tahniah pada DSM Syukri, SSM Wawa, SM Najib & Din yang hadir ke TTC untuk menimba ilmu.  Wawa angkat tangan kenapa tu ya....  Nak jadi CDM ker??  MEsti lah nak!!!
Fuhhh... pertembungan dua Komando AT181... Garang sehhh....

Seperti biasa... CDM Mohd Razali pakar marathon...  boleh bercakap tanpa henti...


DSM Syukri... bahang untuk menjadi CDM semakin dirasai.. Kaki dah pijak pentas keramat di TTC... pasti berucap sebagai CDM di situ nanti... Pasti 2011 menjadi tahun keramat buat Beliau.

CDM Kamarudin... masih belum sihat sepenuhnya... Batuk.. Cuaca. Cantik topi tu CDM.. Hong Kong Disneyland.. Kena sampai sana baru dapat beli topi tu.. FIght2 Hong Kong.

Emcee hebat... tiada tandingan... selamba rock. menghiburkan, aksi menarik, pelbagai rencah. Itulah CDM Nizam
Happy New Year - Lokasi di TTC

BOOM BOOM BANG!!!

BANG BANG BOOM!!!!

Inilah program setiap minggu di TTC.. Langkah kanan kami semalam ada jamuan makan.. memang sedap. Tak sempat ambil gambar lauk pauk. Sebab?? teruja dengan makanan tu .. terlupa nak amik sebenarnya. Esok paginya semua CDM perlu ada di Mines seawal jam 8am.