Tuesday, August 24, 2010

Program Terkini AT 181

Satu persatu program hebat yang AT sediakan untuk warganya. Terkini,

1)Malam ni, Selasa 24hb Ogos, bertempat di Mines selepas solat tarawikh 9.30pm, Bersama dengan Ustaz Ghazali Ibrahim ( adik kepada Arwahyarham Ustaz Asri Ibrahim -Rabbani ) akan menyampaikan ceramah tajuk "Kejayaan & Kekayaan Satu Tuntutan, Mencari Keredhaan Allah Satu Kewajipan"
Datanglah beramai2. Bawalah prospek & juga group masing-masing.

2) Program Jom Dapat Duit Raya di Mines, Selasa 31ogos jam 9.30 malam.
Slot khas untuk dapatkan duit raya dari Taipan. Ada syaratnya untuk dapat ya.. Rujuk CDM2 anda. Jom ramai-ramai kita meriahkan Mines. Dari negeri mana sekalipun kita, jangan lepaskan peluang. 31ogos tu hari cuti.
Pakaian Baju Melayu, Songkok & Bersampin.

Bawalah prospek & juga rakan kongsi anda. Hasilnya berbaloi. Tidak ada istilah rugi. Hanya sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan. Barulah kejayaan akan datang menjelma. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Jom kita berkorban. Merdekakan diri kita dari belenggu kesusahan. Berubah & terus berubah.

Sunday, August 22, 2010

AROMA TERAPI MINDA - MINES 21/8/10

Konvoi dari utara menuju ke Mines untuk program Aroma Terapi Taipan berjalan seperti yang dirancang. Ada yang dah bergerak awal2 lagi. Ada yang bergerak agak lewat tapi sampainya awal juga. Kami bertemu di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Sebelum tu ditahan polis (speed trap selepas Tapah) Alhamdulillah terlepas walaupun laju lebih had. Rakan kongsiku dapat slowtalk.
Di Rawang pun ada speedtrap lagi. Bonus kerajaan tak ada, speed trap pulak yang banyak di waktu pagi. Mungkin ada rezki untk orang kerajaan dapat bonus tahun ni. Mungkin ja kan......
Sampai di Mines jam 9.45am, wahhhhhhh dah penuh. tiada tempat kosong. kami semua duduk di hadapan sekali atas lantai. Demi ilmu dari AT 181, tiada kerusi bukan masalah bagi kami. Lagi seronok sebenarnya. Ilmu tu terus masuk menusuk ke dalam kalbu. Hampir 20 orang kami ke sana, ada yang dari Perlis,Taiping,Penang,Kuantan & KL. yang bawa prospek pun ada.
Sambutan sangat2 luar biasa hebat. 700 orang. Teruja sangat2. Paling ramai sepanjang 3 tahun aku bersama AT 181.


seronoknya dapat duit raya.... Money Game. Happy happy...


Edi & prospeknya. Orang Jitra bekerja di KL. Sembang2 ilmu & semangat. Jangan jemu mencari ilmu. Ilmu yang pasti membuahkan hasil.


Rakan kongsi baru dari Penang. Begitu seronok dapat bergambar dengan CDM Kartini. Mesranya walaupun baru kali kedua berjumpa. Pertama kali jumpa di Safira Club, Kali kedua di Mines. Buat betul2. Jangan lepaskan peluang hebat ni. Dah ramai yang berjaya. Giliran anda pulak selepas ni. Kata2 hikmah CDM Kartini pada Ekin.


Sebahagian group yang sempat bergambar bersama. Syed Amir bersama anak pertamanya. Dari Kuantan. Tiada alasan untuk tidak berjaya. Sebelah kanan aku, Saiful dari Bandar Baru. Baru join bulan lepas. Tak lepas peluang untuk ambil ilmu & rasa suasana hebat yang AT sediakan. Shamsul & Ekin, pasangan yang berimpian tinggi. sebelum ke jinjang pelamin, target buat duit sebanyak mungkin. Tiket ke Perth menjadi matlamat utama. Honeymoon luar negara perrrrrrcuma.....


Ramainyaaaaaaaaaaaa...... Platform yang cukup hebat untuk mengubah kehidupan. Datang dari seluruh negeri.


Yang ini semua yang belum join. Sampai tak muat pentas tu. yang berdiri kat bawah pun ramai jugak. dalam 200 orang. Untungnya yang hadir. NEgatif pun terus jadi Positif. Sebab???? presentation yang mantap dari CDM2. Suasana yang tak pernah dirasai sebelum ini. Bukan seorang dua yang berjaya bersama AT. Terlalu ramai...


Tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Ramai Ramai Ramai.


Shamsul, pertama kali hadir ke Mines. menunggu masa saja untuk join. Bertuah sungguh dapat ditemuramah oleh CDM Faridah. MEluahkan dari isi hati apa yang dirasa pada program pagi tadi. Sungguh teruja, semangat & pasti akan buat bersungguh-sungguh. CDM sudah pasti. Action!!!!! Mestiiiiii


Yang sebelah kanan sekali tu SM Wawa dari Taiping & DSM Rozita dari Kuantan. Semangat berkobar-kobar untuk berjaya. Mesranya rakan kongsi mengalahkan saudara mara. sentiasa berhubung untuk memantapkan lagi strategi & bisnes. Hebatttttt.


Selepas program Aroma Terapi Minda.. DDM Ayu menjalankan tugasnya, terus demo. prospek dah tak sabar nak tahu macam mana nak berjaya... Oooooo mudahnya strategi Taipan. Siapa2 pun leh buat. Senang & mudah... suasana AT telah memudahkan segala-galanya


Apa yang dibelekkan tu Fitri.... ;) ;) ;)

Inilah kehebatan AT 181. Tips untuk berjaya dengan AT :
1. Hadir BOP/Meeting mingguan
2. Hadir seminar/roadshow/motivasi/pengukuhan/program khas dari AT 181
3. Hadir program dari syarikat - majlis anugerah
SM,SSM,DSM,DDM,CDM/Dinner/Ulangtahun dan lain-lain

Semua ini untuk ketahanan, semangat, momentum pada diri sendiri & juga network kita. Lengkap semuanya... pasti anda akan jadi Jaguh/Juara di pentas AT 181. Yang hadir sangat puas hati. AT 181 membuat kelainan pada program kali ini. Aku sendiri begitu teruja. Banyak ilmu baru yang dapat. Respons dari peserta yang hadir pun sangat2 positif. Berbaloi apa yang dikorbankan.... Sedikit pengorbanan untuk mendapat hasil yang berpuluh-puluh kali ganda.... Kejayaan dibina melalui pengorbanan sebenarnya. Tiada pengorbanan maka tiadalah kejayaan. Jangan lupa!!! tindakan perlu ada. Hebat mana sekali pun ilmu & suasana berniaga yang kita perlolehi... tapi andainya tiada tindakan... tidak bermaknalah apa yang kita dapat & juga korbankan. Aku yakin semuanya sudah bertindak... Maka bertindaklah sebaik mungkin. Kejayaan sudah hampir. Terlalu hampir. Hanya di sebalik tirai sahaja. Bertemu semua di puncak kejayaannn....

**** sampai penang jam 1am. kali ni kena speed trap di Taiping. tak jemu-jemu yaa... kebarangkalian orang kerajaan nak dapat bonus tinggi ni. Tembaknya selepas terowong Ipoh. Lokasi yang memang kelajuan pasti melebihi 110km/jam. ****

Thursday, August 19, 2010

SAFIRA CLUB - 18/8/2010


menyanyikan 2 lagu semangat... bila ada semangat baru sedap nak berniaga


CDM Sharina pun ada... hebat orangnya. berjaya pada usia yang muda. RM50k sebulan dah pernah rasa.


CDM Wan Mahadzi @ Jet Lee. Penuh bersemangat memberikan ice breaking. Tak kedekut ilmu, berkongsi dengan siapa saja. Sejarah hidup dahulu memang susah. Zaman susah dah tinggal kenangan. Sangat-sangat berjaya bersama Taipan 181. Kami hanya kenal semasa seminar Taipan di Port Dickson tahun 2008. sekarang telah menjadi sahabat baik di Pentas AT 181. Terima kasih sahabat.


CDM Kartini tekun mendengar. Tak pernah jemu. dah 10tahun dalam bisnes ni. Kita yang baru2 ni tak boleh jemu ya. Nanti duit pun jemu nak datang kat kita. CDM Kartini & CDM Kamarudin lah yang banyak berjasa pada kami di Penang. Dari tak kenal dah jadi rapat. Sentiasa bagi ilmu & semangat. Strategi gerak kerja. Alhamdulillah dipertemukan dengan Leader hebat. Walaupun beliau seorang jutawan. tapi sifat rendah dirinya memang aku puji. Bak resmi padi. makin berisi makin tunduk. Terima kasih cdm ku.... jasa kalian takkan kami lupakan. teruslah membimbing kami selama-lamanya.


CDM Mohd Razali memberikan motivasi & berita2 terkini. 1tahun lebih, setiap minggu datang ke Safira Club dari Perlis. Pengorbanan beliau sangat hebat. Untuk menjayakan seramai mungkin yang hendak dijayakan. Itulah leader hebat.


Pasanganku. DDM Ayu. walaupun berbadan dua. Letih & penat hilang bila bertemu rakan kongsi. Itu janji kami pada yang join AT 181. kepentingan diri diketepikan. Kejayaan rakan kongsi diutamakan. Thanks AYu, sokongan & jasa mu takkan dilupakan. Susah senang kita bersama-sama. ( Butang baju aku mana Pah) gurau ja ya.


CDM Wan memberi semangat pada rakan kongsi.


CDM Sharina sedang demo. Terpegun prospek yang tengok income beliau. Tak tahan tak tahan.


Pasangan hebat. Peluang macam ni jangan dilepaskan. Ambillah petua & nasihat. Nak berjaya kena buat betul2. tak boleh main-main. kami dulu pun macam anda jugak. Bermula 2 orang ja. Income dulu pun biasa-biasa. Tapi sebab terus buat & terus buat. Hasilnya .. AT 181.. pendapatan.. Alhamdulillah. 6angka setiap bulan. Impian kita adalah bos kita. Jayakan impian masing-masing. Sabar & tekun kunci kejayaan.
Di antara pesanan-pesanan cdm hebat.


Panasnya suasana di Safira Club... Rancak-Rancak.. bila dah ada semangat baru seronok berniaga. Aura dalaman aktif.. Minda pun positif.

Wednesday, August 18, 2010

Hari yang dinanti-nantikan

Seperti biasa... hari rabu ja, terasa sungguh seronok. Berkhidmat bersama AT. latihan & bimbingan diteruskan. Gembira melihat orang2 yang ingin berjaya, berpusu-pusu ke Safira Club. Dengan group masing2. Ada yang bawa prospek. Bawa pasangan. Bawa impian & juga harapan. Semata-mata ingin berjaya.
Tambahan pulak malam ni CDM Kartini & CDM Kamarudin hadir bersama. Membawa pesanan2 & ilmu2 untuk besarkan lagi berniaga. Suasan yang hebat setiap Rabu di Safira CLub. Semua ternanti-nanti hari Rabu. SMS peringatan bertalu-talu di hantar. Itulah rutin harian setiap kali Rabu menjelma. Siapa datang awal dapat parking dekat dengan kelas. Itu seronoknya datang awal. Dapat jumpa leader2 yang selalunya datang awal. Apa lagi!!! rebutlah peluang. Bertanya tips... tanya jangan tak tanya. Ilmu tak pernah & tak boleh habis. Pengalaman leader2 perlu di ambil sebagai pedoman untuk kita ke hadapan. Jadi CDM, fight tabung kereta, melancong percuma setiap destinasi, ilmu jaga group,network & macam2 lagi. Yang penting ilmu komunikasi.
War2kan pada semua. Ramai2 kita meriah kan Safira Club malam ni...

Monday, August 16, 2010

Lelaki Kedua Tertinggi - Ijaz Ahmed


Masa ni nak beli juadah berbuka puasa di Queen Street Penang. Ramainya orang sedang berkumpul. Wah.... rezki kami nak jumpa lelaki kedua tertinggi di dunia. Ijaz Ahmed. Tinggi sungguh. Berusia 26 tahun. ketinggian 8kaki 4inci. Sekali bergambar kena bayar RM5. duit tu untuk menampung kos perubatan yang berjumlah RM175,727.00
Ramai jugak yang bagi sumbangan sambil tangkap gambar. kita seronok bergambar dengan dia. Dia dalam keadaan sakit. Nak kumpul duit sebanyak mungkin. Untuk kos perubatan. Walaupun sakit tetap berusaha untuk cari rezki. Dalam keadaan yang tak sempurna.

Renungan.... syukur sangat2 kita yang sempurna. Boleh cari rezki dengan macam-macam cara. Bebas ke sana ke sini. Tambahan pula bersama AT... peluang & bukti kejayaan cukup hebat. Di sana sini ada kelas latihan & bimbingan. Upline tak jemu2 membimbing rakan kongsi. Ambillah peluang, rebutlah peluang. Dah dapat peluang buat lah sungguh2. Usaha lebih dapat lebih. Kalau tak usaha??? Rezki pun tak nak datang.
Ada orang cukup suka guna pepatah " Ulat dalam batu pun leh hidup, buat apa susah2 nak cari ke sana ke sini" Hmmmm.. Itu ulat. Bukan manusia. Anak ulat tak payah ke sekolah, tak payah pakai pampers, minum susu. Rumah pun tak perlu berbayar. Kereta tak payah beli. Tak perlu risau pasal harga minyak & gula naik.
Bukankah kita dijadikan sebagai Khalifah di muka bumi ni. Yang terbaik dari semua. Di mana hebatnya manusia???? renung-renungkan ya....

Saturday, August 14, 2010

Luahan hati

Mataku masih belum mengantuk. Sempena Ramadhan yang mulia ini. Sebagai hamba Allah yang lemah, cuba meningkatkan prestasi diri. Setelah selesaikan amalan-amalan yang aku belajar dulu & juga dari abang ku, seorang yang alim dalam agama. terasa begitu tenang hati ini.
Sekadar hendak berkongsi cerita dengan semua pembaca blog ini. Anak ku yang sulong berusia 7tahun, Mohamad Arfan. Dalam keseronokan Arfan melalui usia kanak-kananknya, sekali sekala dia akan bertanya. Bapak, panggilannya pada aku. Bila bapak mati ya?? Kenapa Arfan? Arfan akan rindukan bapak kalau bapak dah mati. janganlah tinggalkan Arfan. Dia akan menangis. Tersentuh hati aku setiap kali dia bertanya. Tadi masa dalam perjalanan pulang dari Jawi Inn. Arfan bertanya lagi. Bapak.. Kalau bapak mati siapa nak jaga Arfan. Jawabku, semua yang hidup pasti akan mati. Tunggu masa & ketikanya saja. Sambil menangis Arfan berkata yang dia nak mati sama2 dengan aku. Aduhaiiii.. anakku. Untuk tenangkan perasaannya.... kataku.. Walaupun bapak dah tiada nanti. Arfan masih lagi boleh jumpa bapak. Kita jumpa di syurga ya. Untuk masuk syurga, kita kena jadi orang yang baik, beriman, jaga amal. Arfan kena belajar rajin2. Dah besar nanti jadi Jutawan tau. Boleh tolong orang susah, boleh pergi umrah & haji muda2. Boleh buat banyak benda kebaikan. jadi Jutawan yang beriman. Sambil aku bercakap dia pun tertidur dalam kesejukan air cond kereta. Sampai ja di rumah. Bapakk... tadi Arfan mimpi arfan ada kat syurga. Arfan mandi air susu. bukan macam mandi kat rumah.. Seronoknya masuk syurga. Terkedu aku mendengarnya.
Ya Allah. engkau murahkanlah rezki kami sekeluarga. Arfan!!!! sesungguhnya apa yang aku & ayu buat hari ini adalah untuk masa depan anak-anak. Kami sedang buat yang terbaik. Paling baik. Siapa tak sayang pada anak2.. memang seronok duduk di rumah luangkan masa dengan keluarga. Tapi kehidupan tak mungkin berubah sekiranya duduk saja. Biarlah kami bersusah payah sekarang, korbankan masa rehat, korbankan masa tidur, korbankan segala-galanya. Yang pasti itu hanya seketika... Hasil kejayaan... Insyaallah akan dirasai oleh keturunan-keturunan ku nanti. IMPIAN IMPIAN IMPIAN.... PASTI JADI KENYATAAN!!!! SEDANG MENJADI KENYATAAN!!!!!

Jawi Inn

Jam sekarang 2.46am - Sabtu 14 Ogos 2010. Aku baru sampai ke rumah bersama isteri & anak2. Kami dari Jawi Inn. Ada BOP Taipan di sana. Support AT & juga rakan2 kongsi. Kelas bermula jam 10pm. DSM Tuan Haji Md Nor buat Ice Breaking & juga Marketing Plan. CDM ALi gegarkan Jawi Inn sebagai MC. Kata-kata aluan dari orang yang berjawatan besar. Tuan Safian. Ikutkan gaji beliau. Lebih dari cukup. Berjaya sendiri tak best katanya. Melalui AT, ramai lagi yang boleh dijayakan. Itulah matlamat beliau.