Thursday, August 12, 2010

Safira Club - 1 Ramadhan

Selamat berpuasa semua. 1 Ramadahan. Permulaan bulan yang dinanti-nantikan. Tambah amalan, tambah pahala. Bulan keampunan. Akademi Taipan tetap beroperasi seperti biasa. Latihan dan bimbingan tanpa putus2 dari AT. Suasana di Safira Club masih hebat. Walaupun ini hari pertama. Dah tentu ramai yang berbuka puasa bersama keluarga. Ramai juga yang tersandar dirumah akibat kekenyangan. Tetapi aura AT tak dapat disangkal lagi. Ramai CDM2 yang hadir malam ni. CDM Mohd Razali, CDM Ali, CDM Sharil, CDM Wan Hanim. Walaupun demam CDM Mohd Razali memberikan Ice Breaking dengan begitu semangat sekali. Orang2 hebat tetap sampai di Safira. Jom kita layan gambar2 di bawah.

Kata-kata aluan dari CDM Wan Hanim. Datang dari Kuala Lumpur bersama suami, CDM Sharil. Hebatnya semangat & support dari CDM. Memberi semangat pada warga Taipan. 3 tahun bersama AT. 8 destinasi pelancongan dah sampai. Kereta Mercedes & Honda Odysey bernumber 181 telah dimiliki. Rumah berharga 1/2juta telah didiami. Hebat2...


SM Wawa- Jarak bukan penghalang. Menjadi SM dengan pakej TT dalam masa 2 bulan. Mulanya hanya ikut-ikut kawan saja. Tapi akhirnya sudah tersangkut. Bulan ni pasti jadi SSM. Pakej TT pun hebat jugak. Pokok pangkalnya buat jangan berhenti. Pasti sampai ke destinasi. Inilah kesannya bila bersemangat. Datang program Taipan & juga syarikat. Ikut Roadshow & seminar. Tak jemu2 berguru dengan CDM2. Datang dari Taiping setiap minggu tu. Tahniah2.


SSM Azni- Rakan kongsi CDM Wan Hanim. Seorang pensyarah. Gaji agak stabil. Tapi tetap mencari peluang. Teruja dengan pendapatan CDM Hanim. RM50k ke atas setiap bulan. Perubahan demi perubahan pada CDM Hanim membuatkan SSM Azni join Taipan.


Kehadiran di Safira Club. Jumlah yang dibanggakan kerana 1 ramadhan. minggu depan pasti lebih ramai. lebih meriah.


Sharing DSM Tn Hj Md Nor. Datang dari Perlis setiap minggu. Bukan duit yang beliau cari, kerana beliau sudah kaya raya. Bekas Pengurus Besar di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Semua destinasi luar negara beliau dah sampai sebelum join Taipan. Kereta mewah juga bukan tujuan utama beliau. Beliau rasa bangga & teruja sebab AT telah & sedangg melahirkan usahawan2 yang bertaraf jutawan. Tak kira usia & juga latar belakang. Beliau berpesan, latar belakang tinggalkan di belakang. Fokus kepada yang di hadapan. Ilmu beliau dapat disalurkan kepada warga2 taipan. Itulah kepuasan beliau apabila orang lain turut sama berjaya, yang mana dalam pekerjaan beliau dulu, beliau hanya bekerja mengikut arahan. Kejayaan hanya untuk diri sendiri. Terima Kasih Tuan Haji.


Selepas sharing, beri lagi semangat & ilmu pada group aku. Itulah hebatnya Taipan. Ilmu percuma di mana sahaja. Ilmu yang telah terbukti hasilnya. Buat & ikut, pasti berjaya. CDM Abg Ali pun ada. Segak berbaju Melayu. Bersemangat setiap waktu. DSM Tiza bersama rakan-rakan kongsi tekun mendengar. Terus bertindak sahabat. Komitmen dah ada. Group dah ada. jayakan semuanya.


DSM Chek dari Baling. Tak pernah jemu datang Safira. Dah setahun lebih. Dari kereta wira dah bertukar ke Honda Civic PJT 1181. Itulah hasil orang yang tekun dan sabar. Sharul, pasangan pada DSM Afiza, dari Sungai Petani. Anak bukan penghalang. Bawa bersama untuk jadi saksi, ayah & ibu mu sedang berusaha untuk mengubah sejarah hidup. Tahniah Tahniah Tahniah. Kami doakan semuanya berjaya.


CDM Sharil sedang berkongsi ilmu & memberikan tips pada group beliau. Dulu seorang jurutera bergaji 5 angka. Sekarang menjadi CDM yang berpendapatan 5 angka jugak. Lebih lagi. Kebebasan masa yang beliau cari. Tiada tekanan dari bos.. T.kasih cdm datang ke Safira.


DSM Syukri, anak muda yang berjiwa besar & berimpian tinggi. Memberikan tips & semangat pada rakan kongsi baru. Esok ada appointment katanya. Mesti close mesti close mesti close. Itulah yang kedengaran. BEgitu posotif sekali. Tahniah. Teruskan usaha.


SSM Rosli- MC hebat di Safira CLub. dah 3 minggu berhenti kerja. Memang pulun habis-habisan dengan AT. Tak malu bertanya & rajin berguru. Keinginan yang cukup kuat dalam diri. Ingin merubah sejarah hidup. Rakan kongsi beliau makin hari makin bertambah. BErsusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ya sahabatku. Keluarkan singa dari diri anda. Buat duit raya banyak2. Buktikan pada mereka yang sedang memerhati. Rancak-rancak...


CDM Hanim- antara idola aku. Hebat sungguh komitmen & ilmu beliau. Nampaknya dah ada rakan kongsi beliau yang berambut panjang. hehe... welcome to the group.


DSM Melati, datang setiap minggu. asalnya seorang surirumah. Income 5 angka dah rasa. Tiket ke Beijing & Switzerland pun dah dapat. Hebat2. hasil usaha yang berterusan. CDM Sharina & CDM Wan Mahazi merupakan upline mereka. Walaupun upline jauh, itu bukan penghalang untuk berjaya. Diri sendiri lah yang tentukan....

Tuesday, August 10, 2010

Setahun Fulltime Bersama Taipan 181

Begitu cepat masa berlalu. Setahun sudah aku Fulltime bersama AT. Keputusan drastik yang aku buat pada 18/8/2009. Berhenti kerja kerajaan 24jam. Keputusan dibuat setelah menunaikan umrah. 17hb Ogos hari terakhir aku bekerja di PDC. Perasaan aku masa tu meluap-luap untuk berhenti kerja. Rasanya doa aku dihadapan Kaabah & di dalam Raudhah dimakbulkan Allah. Setiap masa semasa di bumi suci Mekah Al Mukaramah & Madinah Al Munawarah memohon untuk diberi petunjuk. Tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk aku.
Yakin dengan rezki yang datang dari Allah. Allah boleh beri dengan sebab ataupun tanpa sebab. Apatah lagi kita yang berniaga. Sebab untuk dapat income lumayan dah ada. Untuk berubah hidup pun dah ada. 9/10 sumber rezki yang diusahakan. Yakin dengan janji Allah. Yakin dengan hadis Nabi.
Ramadhan kali ni ramadhan yang kedua fulltime bisnes. Kebebasan masa untuk beramal. Masa kerja dulu masa agak terhad. Tahun ni azam untuk tambah amalan-amalan sunat. Digandakan 70kali ganda. Dunia akhirat sama2 nak dicari. Bagi yang ada rezki lebih, banyak kebajikan yang boleh dibuat. Nak buat sumbangan buka puasa boleh. Beli kurma banyak2, hadiahkan kan ke mesjid2. Buat dengan ikhlas. 1biji kurma boleh dapat ganjaran sebesar Gunung Uhud. Rezki yang Allah bagi pada kita dalam berniaga ni, kita sumbangkan. Takkan berkurang rezki kita apabila kita bersedekah. Yakinlah...
Puasa akan mengajar kita erti kesabaran. Rasulullah menawan Kota Mekah di dalam bulan Ramadhan. 4 kitab diturunkan di dalam bulan Ramadhan.. banyak peristiwa bersejarah berlaku di dalam bulan yang mulia ini. Bagi yang berniaga.. Ramadhan kali ini akan menjanjikan sesuatu yang hebat untuk kita. Doa-doa orang yang berpuasa Insyaallah diterima Allah. Berdoalah sebelum waktu berbuka. Itu antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Doalah apa sahaja. Senjata sudah ada. Gunakan sebaik mungkin.
Selamat datang Ramadhan.. selamat datang....

Friday, August 06, 2010

Renungan Jumaat

Assalamualaikum semua. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Jumaat terakhir bulan syaaban sebelum tibanya Ramadhan Al-Mubarak. Pagi tadi bantu rakan kongsi convincekan prospek. Alhamdulillah bila aura positif menguasai aura negatif, prospek pun yakin. terus bagi dokumen yang diperlukan. Yang pastinya dengan izin ALlah.
Nak berkongsi cerita sikit. Lepas solat Jumaat aku minum di kedai mamak. kerusi tu pun dah macam tau-tau aku nak datang. kosong selalu.
Sambil minum nampak seorang Mamu(pakcik) sedang minum ais kosong. Kenal mamu tu macam-macam tu ja. Kerjanya beri salam pada orang dan minta bantuan ikhlas. jalan pun hencot2. sakit kaki agaknya. Aku dalam keadaan yang kenyang. Dalam hati terasa, mamu ni dah makan ka. Pelawa dia makan dengan niat nak belanja. Dia pun ubah tempat duduk dengan aku sambil minta izin. begitu merendah diri. Asal dari sungai petani. dah menetap di penang 20tahun. Umur 50tahun. Baru kahwin 5 tahun sudah, itupun dijodohkan oleh arwah kakaknya. Kahwin dengan OKU. Anak 2 orang. 3 tahun & 3 bulan. Tak bekerja. sebab sakit & tak ada kelulusan. Belajar setakat darjah 3 saja, ibu bapa meninggal masa Mamu masih kecil. kerja tak menentu. Hidup sekarang mengharapkan belas kasihan orang. dapat bantuan Majlis Agama RM150 sebulan. Kaki tunggu kena potong. Kencing manis tahap kritikal. Malu dah tak ada. kalau malu anak, isteri di rumah tak makan. dapat rm10 sehari pun dah besar rahmat katanya. adalah hasil untuk di bawa pulang ke rumah. Tengok mamu makan pun tersentuh hati. Lapar sangat2. makan sehari sekali sahaja. itu pun kalau ada. kalau tak ada??? ikat perut. Tapi anak kat rumah boleh ka ikat perut?????? sebab tu hari-hari kena keluar katanya. minta dan terus meminta.
Mamu pesan kat aku. Fitri, jagalah amalan. jangan lupa pada Allah. solat jangan tinggal. Mamu muda-muda dulu tak beringat. kadang-kadang buat, kadang-kadang tak. Bila susah macam ni baru teringat kat Allah. Orang nak bagi duit pun digerakkan hati oleh Allah. Fitri buat bisnes kan katanya. buat la elok-elok. jangan sesekali tinggi diri. jangan lalai macam Mamu. Dah jadi macam ni, nak kerja pun orang tak mau terima. Mamu menyesal, macam manalah isteri & anak2 mamu kalau mamu dah tiada. Bergenang air mata Mamu.
hari ni rezki Mamu nak ditemukan dengan aku. Aku dapat nasihat & juga ilmu. Mamu dapat luahkan perasaan. Nak ke mana Mamu lepas ni. Alhamdulillah, perut dah kenyang. Nak balik beli makan kat isteri & anak2.
Sahabat-sahabat ku sekalian. Memang selalu kita dengar orang kata. Duit bukan segala-galanya. Tapi dari kisah tadi... apa pendapat semua. Perlu tak duit tu????? Apa yang mamu cari??? makanan untuk anak2. nak beli dengan apa? duit kan. Sementara kita masih ada peluang, masih sihat... janganlah kita sia-siakan masa yang ada. Kita ada lebih.. kan dapat bantu orang macam Mamu. nak bagi sikit ke banyak. terpulang pada kita. sekurang-kurangnya lepas makan Mamu hari ni kan. Rasulullah pernah bersabda. Orang yang menunaikan hajat orang lain, lebih besar pahalanya dari beriktikaf di dalam mesjid. Jom lah kita ubah kehidupan kita. Pasti kehidupan orang lain juga terkena tempiasnya.

Thursday, August 05, 2010

SAFIRA CLUB - 4 OGOS 2010


CDM KAMARUDIN- upline kesayangannku. Umpama cermin bagi diri ini. sentiasa membimbing, memberi ilmu setiap waktu. Rujukan aku dalam mengembangkan perniagaan ini. Kehadiran CDM semalam tanpa kami ketahui. Semangat kami lagi bertambah-tambah. Taipan terbina hasil dari beliau dan CDM Kartini bersama CDM Faridah Mohd Ali, CDM Zulfadzilah, CDM Juliani & CDM Zulkor. Kata-kata semangat beliau semalam memang hebat. Bulan Ogos adalah bulan untuk kita merdeka dari kesempitan wang. Buatlah Hai O betul2 sepenuh hati. 10 tahun pengalaman beliau bersama Hai O. Jutawan pun dah jadi. Dulunya guru sekolah sahaja. Anak murid 1@2 kelas sahaja. Sekarang anak didik beliau 1 Malaysia. jakarta & Batam pun dah ada. RMXXXXXX bukan lagi matlamat utama. Kejayaan warga Taipan yang lebih utama. Lahirkan CDM seramai mungkin. Terima Kasih CDM ku... Teruslah bimbing kami. Betulkan gerak kerja kami.


CDM Ali pun ada. Inilah bukti support AT(Akademi Taipan) pada warga Taipan. CDM kamarudin dah berpuluh ribu kali dengar talk Taipan. Ya la, dah 10 tahun. Tapi tak pernah jemu. Siap duduk depan lagi dari mula sampai habis. JEMU??? tidak ada istilah jemu pada orang yang ghairah berniaga. Kalau tak hadir kelas mesti rasa ada benda yang tak kena. SEMANGAT SEMANGAT SEMANGAT!!!!!!!


TEKUN... mendengar dan catat ilmu yang disampaikan. Setiap minggu hadir. Sampai kerusi pun dah tahu tuannya. Yang hebatnya, bukan semua tu warga penang, Kedah,Perlis,Penang,Perak dan lain-lain negeri.

Terima kasih juga pada CDM Nasir, CDM Sabarina yang turut hadir semalam. CDM2 ramai datang. Bukti kejayaan pun banyak. Kereta mewah pun banyak bernumber 181. Minggu depan dah pun masuk Ramadhan. Kelas berjalan seperti biasa. Selepas solat tarawikh. Bulan Ramadhan lah pendapatan kita semua akan melonjak-lonjak. Percaya???? kena percaya.

Tuesday, August 03, 2010

MONEY MONEY MONEY!!!!!

Siapa tak nak RM???? semua orang jawab nak bila di tanya. Berapa ramai yang sungguh2 untuk dapatkan apa yang kita nak????? Tahniah bagi yang hadir di Safira Club. Minda telah terbuka luas. Baru lebih faham kenapa buat tak berapa nak menjadi. Wang adalah tenaga. Tenaga tertarik kepada benda yang bertenaga. Kalau kita letih,lesu,lembik,tak sungguh2,negatif,malas,give up, tak nak kaya... Wang tidak akan datang kepada kita. Tiada tarikan pada wang untuk ciri-ciri di atas.
Wang akan datang dengan banyak,laju,melimpah-limpah pada orang yang betul-betul nak, aktif,positif,rajin,sungguh-sungguh,tak give up,tak jemu, tak mengalah, buat dengan sepenuh hati. Itulah konsep wang.
kedengaran suara peserta ' Ooooooo, patutla aku susah nak dapat prospek, patutla dah nak close tiba-tiba cancel. Patutla kawan aku kata nanti dulu, patutla .... patutla .. patutla...' Kadang-kadang kita tak sedar yang diri kita sendiri yang menyebabkan semua tu terjadi. Mungkin kita tak sungguh-sungguh masa demo. Setakat demo ja.. tapi kurang semangat. Kalau upline demo, kita buat tak reti ja. Tak tunjukkan yang kita benar-benar nak berjaya. kawan pun takut. tak berapa nak yakin. sebab kita pun kurang yakin.
Bila minda dah terbuka. Ilmu dah bertambah. Tidak ada masalah untuk terus berjaya. Buat sungguh-sungguh. Tak main-main. Rezki akan datang mencurah-curah. Amalkan ilmu yang ada. Ilmu tanpa amal tiada gunanya.
Jutaan terima kasih pada CDM Kartini & CDM Kamarudin yang membentuk Taipan bersama CDM2 hebat. Konsep berjaya & menjayakan menjadi pegangan kami. Terima kasih juga pada CDM Faridah, yang menyampaikan ilmu malam taadi. 3jam bercakap dengan penuh semangat. Penuh motivasi. Penuh dengan nasihat2 yang berguna. Untuk kita capai segala impian. I LOVE MONEEEEEYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!!!!


Ramai sungguh yang hadir. Padat. sampai tak cukup tempat.. tambah kerusi perkara biasa di Safira Club.


Warga Taipan Utara. Penang+Perlis+kedah+Perak dan ada lagi yang datang dari jauh.


CDM Faridah beri Jam tangan Roscani pada SM baru dengan pakej TT.


Jangan lepaskan peluang tangkap gambar dengan CDM Faridah. Serap energy & aura dari beliau.


Terus bincang strategi untuk pulun buat duit raya.

Sunday, August 01, 2010

Langkawi


Tekun melihat video clip Taipan 181.

Ramainya yang berjaya.. itulah kata-kata yang kedengaran.

Table talk. sambil makan kek raya.

Alhamdulillah. Langkawi. Kami berkongsi peluang dengan sesiapa saja. di mana saja. Tahniah pada bakal SM Habsah & pasangan Zubir. sediakan tempat untuk Bicara Niaga Taipan. semangat mereka makin hebat selepas Roadshow Penang. Bercita-cita untuk jadikan Langkawi seperti Penang. dari sikit2 sampai melimpah-limpah. Pasti boleh.
sempat jumpa rakan kongsi baru, Maria & Sofiah. orangnya dah pernah berniaga macam2. Nampak peluang ni terus ambil. Tahniah orang langkawi... terus gempur,,, nanti kami turun lagi.

DEMO DEMO DEMO


SSM Rosli.. begitu bersemangat membantu rakan kongsi. demo tanpa jemu. follow up tanpa jemu. bisnes dah mula menjadi-jadi. Dulu kerja kilang selama hampir 15 tahun. telah meletakkan jawatan. berubah kerjaya, ingin menjadi usahawan berjaya. Laungan Rancak-Rancak di Safira Club menjadi trademark bagi Taipan Utara. Tahniah2.... Kejayaan makin hampir. Teruskan perjuangan. Jangan mengalah.