Friday, May 27, 2011

Al-Kisah di hari Jumaat

Terdetik hati ini nak berkongsi cerita benar yang berlaku hari ni,

Sebelum solat Jumaat hari ini aku bertemu dengan 2 rakan niaga ku yang cukup hebat. Datang dari Sungai Petani untuk berkongsi peluang bersama Akademi Taipan. Sambil berborak bersembang, waktu pun sudah hampir untuk menjengah waktu zohor. Maka kami pun bersedialah untuk menunaikan solat Jumaat di Mesjid berhampiran Bukit Jambul,

Langkah pun disusun untuk menuju ke Rumah Allah... Taman-taman syurga di dunia ini. Di persimpangan jalan, kami dipertemukan dengan 2 orang insan yang tidak sempurna penglihatannya. Mereka sedang menunggu di simpang jalan untuk melintas jalan. Hala tujunya juga pasti sama. Menuju ke Mesjid di hujung sana. Ya Allah... Tersentuh hati kecil ku melihat mereka berusaha untuk melintas jalan dalam keadaan tidak tahu langsung apa yang ada di depan mereka. Mereka berdua berpegangan tangan. Semangat bantu membantu jelas kelihatan. SIfat tawakal juga ku rasa 100% di dalam diri mereka.

Terpanggil dalam diri kami berdua untuk membantu mereka menuju ke Mesjid dalam keadaan yang selamat. Setiap langkah mereka disusun dengan berhati-hati tetapi penuh keyakinan. Katanya mereka dah biasa solat di Mesjid tersebut. Ya ALLah.. mereka memang berhati waja. Dalam keadaan serba kekurangan tetapi tanggungjawab mereka kepada Pencipta tetap ditunaikan. Subhanallah.. Kadang-kadang kita yang cukup lengkap sifat & mempunyai kekuatan pun terlalai & terleka.

Tibalah kami di Mesjid, mereka pandai menyusun kasut di tepi tangga untuk memudahkan apabila mereka selesai solat nanti. Sebagai tanda, mereka meletakkan tongkat di celah kasut. Bijak jugak kan. Selesai mereka mengambil wudhuk, kami menunjukkan ruang solat, terus mereka mengerjakan solat sunat.

Aku membawa mereka ke tempat di tepi pintu, angin sejuk kerana aircond mesjid memang strategik di situ. TIba-tiba aku ditegur oleh seorang jemaah mesjid. jangan halang laluan masuk. Bawa mereka ke tengah sedikit. Air muka pakcik yang menegur itu kurang mesra. Semacam tidak senang dengan kehadiran Insan terpilih yang ku bawa tadi. Terdiam aku... dengan lemah lembut aku berkata... Pakcik.. mereka ni tak nampak.. biarlah mereka solat di sini. nanti senang mereka nak keluar sebab berdekatan dengan pintu. Sambil aku meminta jemaah yang lain memberikan sedikit ruang supaya kedudukan mereka itu tidak menganggu jemaah2 yang lain. Alhamdulillah. Jemaah2 yang lain begitu memahami. Pakcik itu memandang aku dengan pandangan yang sinis... Apa yang boleh aku buat.. Aku senyum ja laa.... 

Senyum memikirkan... hmmmm... entahlah.. biar ku pendam saja perasaan muda ku ini... yang mana pastinya membara seperti mana semangatku berjuang dengan AT181.. SYukurlah, AT181 banyak mengajarku erti kesabaran.,... Biarlah...

Selesai kami semua menunaikan tanggungjawab kepada Yang Esa,,,  topik khutbah hari ni pun memang memberikan ilmu & pengajaran serta peringatan...  MENCARI REZKI YANG HALAL...
Kami pun terus memimpin mereka kembali ke destinasi di mana kami bertemu dengan mereka...  ohhh... ada lagi kawan2 mereka yang senasib... mereka nampak begitu yakin bila bersama dengan rakan2 senasib mereka.

Ya Allah, aku sangat bersyukur pada Mu kerana memberikan kesihatan yang sempurna... Juga di atas segala rezki yang Engkau telah permudahkan.. Ya Allah, jadikanlah aku, ibu bapa ku, isteriku, anak2 ku, saudara mara ku, guru2 ku, mentor2 ku, CDM2 ku, upline2 ku, Rakan2 niaga ku, warga AT181, dan seluruh umat Islam mendapat keredhaan & terpelihara dalam Naungan Mu...  AMIN ya Rabbul Alamin..

Seminar DISC Penang - go go go taipan



Wahhh...  Bestnya... Seronoknya... Meriahnya... Semangatnyaa....
Saksikan laungan keramat GO GO GO Taipan semasa seminar DISC di Penang 21/5/2011..
Tengok sampai habis tau...  :) ;) :) ;)

Thursday, May 26, 2011

Tahniah penerima Insentif HongKong - 18-21Jun 2011

Airport Hongkong - Landing Time
Cantiknya

Tahniah pada 18orang group CDM Fitri & DDM Ayu yang akan berangkat ke Hongkong pada 18-21hb Jun ini. Wahhh.. Pastinya semua tak sabar-sabar menunggu 18hb Jun.

Penerbangan Cathay Pacific
Semua dah standby tunggu kita nanti.

Dipaparkan nama group yang akan terbang ke Hongkong,
1. Mohamad Fitri Mohamed Nashaha
2. Rohayu Md Yasin
3. Mohamad Arfan Mohamad Fitri
4. Shamsudin Yusof (Taipan Hero)
5. Farah Aini Mohamed
6. Farhanah Mohamed
7. Norizaham Pawanchik
8. Suzelihaiza Rainon
9. Suhaize B. Rainon
10. Nurullailish (Ell)
11. Zanariah Mat
12. Kamal
13. Tengku Yuszaimie Idham
14. Norasyikin Suhami
15. Sofi
16. Saif
17. Edham
18. Abdul Rahim

Mesti best ramai-ramai nanti kat sana.
Suhunya nanti sama seperti Malaysia. Jangan penuhkan beg dengan baju tebal. Kita penuhkan beg dengan barang2 yang akan kita shopping sakan nanti.


SAFIRA CLUB 23 - 25/5/2011

Dah masuk kali ke 23 untuk tahun ini AT181 buat program di Safira Club. Komitmen luar biasa dari AT181. Bukan main-main ya. Bukan 1 tahun buat. Dah nak masuk 3 tahun di Safira CLub. Itu tak termasuk di tempat-tempat lain sebelum bermula di Safira CLub.
Apapun kena Thanks a lot dekat CDM Kartini & CDM Kamarudin yang menjadi orang kuat, mentor & guru, serta pemberi semangat & idea untuk memantapkan lagi program2 di Utara.
Hasilnya dapat kita semua rasa bersama
Jom tengok gambar2 semalam
CDM Abg Ali - Kata-kata aluan yang POWERRRR
Hadirin yang hadir, RAMAI
Best
PENUH
Slot Ice Breaking
Tepukan Gembira
Dari Kulim rasanya - Pekerja kilang, sudah sukses, kereta mewah berderet-deret
pandangan sudut kanan
DDM Ayu - Emcee hebat. Tenang & berilmu
Posing lain macam ja ni. Gaya-gaya seorang CDM
SSM Fendi, Senior Engineer di sebuah Kilang Komputer di Penang
Mengambil masa 9tahun untuk jadi Senior Engineer
Dalam AT181 hanya mengambil masa 2bulan untuk jadi Senior Sales Manager
Dalam proses untuk melangkah ke Pangkat Diamond Sales Manager
Tahniah
DDM Rozita, dari Sungai Bakau, Berjiwa kental. Alah bisa Tegal biasa.
Sedang meniti ke Pangkat CDM dalam masa terdekat.
GO GO GO CDM
DDM Rizal, juga sedang menunggu waktu & ketika untuk ke pangkat CDM
Anak didik CDM Hasmidar
FOKUS FOKUS
Tahniah kerana bawa prospek ramai. SM Nurul Syadila.
Dapat hadiah Celgynic yang berharga RM260

Dapat apa tu. Shampoo rasanya. Tahniah SM Kamal.
Bawa prospek tak rugi. Bisnes berkembang. Hadiah pun dapat
Tahniah SM Zuraimi. Dapat Shampoo jugak tu.
DEMO DEMO DEMO. Terus tunjuk cara untuk buat duit.
tak perlu tunggu esok atau lusa. terus cerita. Lebih elok cerita di Safira CLub.
Ramai bukti2 orang yang dah berjaya untuk ditunjukkan
Semua sedang cari lokasi strategik untuk mula berdemo
Demo sudah bermula
Pejuang pejuang AT181
Thumbs up. DDM Fauzi memerhatikan DDM Zana berdemo.

 
UTK AT181 - Unit Tindakan Khas.
Geng geng muda dari Parit Buntar, Bandar Bharu
Ada misi besar yang nak dilaksanakan oleh UTK ni,
Minat motor besar. Di sini lah impian tersebut akan dilaksanakan
UTK Taipan Bikerz
DDM Din sedang rancak berdemo.
CDM CDM CDM
DDM Ayu pun turut berdemo.
Closing closing Closing
DDM ROzita dah selesai demo. Close
Tahniah.

Inilah suasana setiap minggu di Safira Club.
Nampak lebih hebat perubahan selepas semuanya hadir dari seminar DISC pada 21hb Mei.
Demo lebih mantap
Cara percakapan pun lebih hebat
Keyakinan diri bertambah
Lebih mudah mengenal prospek kategori yang masa.
Lebih mudah closing.

Tahniah semua.
Terima Kasih pada CDM Abg Ali, CDM Paksu, CDM Hasmidar
& semua DDM, DSM, SSM, SM
dan para hadirin hadirat yang hadir.

Wednesday, May 25, 2011

Safira Club malam ini

Jom Jom Jom,
Harinya telah tiba, Hari yang ditunggu-tunggu. Banyak tawaran menarik dari Akademi Taipan bagi pelajar-pelajarnya.
Sambil menuntut ilmu, sambil membina kekayaan, membina kejayaan. Peluang yang datang dengan pakej yang lengkap. Sambil teori & praktikal berjalan serentak.
Ramai yang dah dapat hasilnya. Bukan sikit-sikit. Banyak. Lebih dari gaji walaupun masa yang diluangkan tidak seperti waktu bekerja kita.

Malam ini ditawarkan lagi hadiah.. Bagi siapa yang bawa prospek baru. Akan mendapat hadiah.
Apa hadiahnya?? malam ini kena datang baru tau. Malam ni kena bawa prospek baru dapat. Berapa ramai nak bawa??  Seramai mungkin. Lebih hebat hadiahnya. Kalau bawa sorang dapat tak?? Mungkin dapat mungkin tak dapat. Yang pastinya kena datang dulu. Kena bawa prospek. Orang lain tiap2 minggu bawa prospek baru. Macam mudah ja. Macamana dia buat. Pastinya dengan ILMU..
JOM JOM JOM..
APAkah hadiahnya???

Monday, May 23, 2011

YOUNG & DANGEROUS


Salah 1 movie kesukaan aku masa dulu-dulu. Banyak mesej positif yang boleh diambil.
Zaman muda remaja kekuatan & riang tulang 4 kerat disangkakan sudah cukup untuk menguasai dunia. Bila sampai masanya, kekuatan sebenar adalah kekuatan minda. Kepandaian & kebijaksanaan untuk menggunakan peluang dengan sebaik mungkin. Tenaga & kekuatan badan menjadi isu ke dua. Sejauh mana pemikiran & strategi lebih menentukan sejauh mana kejayaan dapat dipertahankan.

Sunday, May 22, 2011

ANUGERAH SM/SSM ZON UTARA 21 MEI 2011(DEWAN MILLENIUM)- TAHNIAH SEMUA

Wahhh,,, riuh rendah Dewan Millenium Kepala Batas... bila naik ja warga taipan untuk ambil anugerah, disambut dengan sorakan dari kami semua. Sampai hilang suara ni. Itulah semangat 1 hati di antara group Akademi Taipan. Saling sokong menyokong.
JUTAAN TAHNIAH PADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH
JADIKAN PENTAS ANUGERAH INI SEBAGAI LANGKAH PERTAMA UNTUK ANDA SEMUA MENDAKI KE PENTAS YANG SETERUSNYA
YANG PASTI
PENTAS CDM 2011









































































TAHNIAH JUGA PADA LEADER2 YANG BERSAMA DENGAN RAKAN NIAGA ANDA UNTUK MEMBERIKAN SEMANGAT & BUNGA

ANDA SEMUA MEMANG HEBATTTT!!!!!